top of page

Selangor bakal seragam syarat pendaftaran pusat jagaan kanak-kanak

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 29
  • 1 min read

Kerajaan Negeri Selangor bakal memperkenalkan garis panduan baharu bagi menyeragamkan syarat pendaftaran pusat jagaan kanak-kanak, termasuk taska.


Exco Kebajikan Masyarakat, Anfaal Saari, berkata garis panduan tersebut hasil penilaian menyeluruh Jawatankuasa Khas Penambahbaikan Perkhidmatan Penjagaan (JKPPP) yang ditubuhkan khusus untuk menyemak dan memperkukuh dasar serta undang-undang berkaitan penjagaan kanak-kanak, warga emas dan OKU.

"Ketika ini syarat pusat penjagaan berbeza-beza mengikut pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kita mahu ia diseragamkan. Ini sebahagian usaha kita memastikan mutu perkhidmatan penjagaan di Selangor lebih selamat, berkualiti dan tersusun.


"Garis panduan ini dijangka akan diumumkan dalam persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) yang akan bermula 7 Julai nanti," katanya dipetik.


Beliau ditemui selepas menghadiri Konvensyen Wanita Selangor yang disempurnakan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di Shah Alam pada Sabtu.


Sementara itu, Anfaal yang juga ADN Taman Templer memaklumkan, usaha memutihkan pendaftaran taska yang dijalankan Kerajaan Negeri sejak tahun lalu telah menunjukkan perkembangan positif.


"Akhir tahun lepas, kita merekodkan kira-kira 100 taska belum berdaftar, tetapi kini hanya tinggal sekitar 40 taska yang masih dalam proses pendaftaran.


"Kita mahu pastikan semua taska mematuhi syarat sah supaya penjagaan anak-anak ini terjamin dari segi keselamatan dan kualiti," jelas beliau.


Untuk rekod, JKPPP yang ditubuhkan November lalu dipengerusikan Ahli Dewan Negeri Subang Jaya, Michelle Ng Mei Sze.


Matlamat utamanya ialah bagi memberi fokus khusus memperkemas garis panduan dan peraturan perkhidmatan penjagaan di Selangor agar lebih seragam dan mesra rakyat.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page