top of page

Selangor arah PBT selenggara kawasan, elak kejadian banjir kilat

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 19
  • 1 min read
ree

Kerajaan Selangor melaksana langkah awal dalam menghadapi sebarang kemungkinan berdepan banjir kilat di negeri tiu.


Susulan itu, Kerajaan Negeri sudah mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) segera melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan di kawasan berisiko bagi mengurangkan risiko yang akan menyulitkan penduduk setempat.


"Daripada segi persiapan bencana, Kerajaan Negeri tidak ada sebarang masalah dan bersiap siaga sepenuhnya. Cuma untuk kejadian banjir kilat, saya minta PBT laksana kerja penyelenggaraan di mana-mana kawasan dinaiki air.


"Masalahnya kawasan dinaiki air, bukannya hotspot banjir tetapi saya minta setiap PBT segera ambil tindakan, laksana kerja selenggara," kata Exco Pengurusan Bencana Negeri Selangor, Mohd Najwan Halimi (gambar) dipetik.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026, di Shah Alam pada Khamis.


Dalam pada itu, Najwan memaklumkan semua ketua kampung serta pemimpin komuniti di sembilan daerah telah diberi latihan asas pengurusan bencana bagi meningkatkan kesiapsiagaan di peringkat akar umbi.


"Dengan adanya latihan ini, pemimpin masyarakat boleh digerakkan segera untuk mengurus bantuan awal sekiranya berlaku sebarang bencana," jelasnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page