top of page

Selangor anjur larian lebuhraya tertinggi di Malaysia, Rawang Bypass



Kerajaan Negeri hari ini berjaya menganjurkan Program Selangor Bypass Half Marathon 2022, larian lebuhraya tertinggi bertempat di lebuhraya Rawang Bypass, Rawang dari 4 pagi sehingga 10 pagi.


Menurut Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Mohd Khairuddin Othman, hampir 5000 pentertaan diterima untuk larian itu dari 24 negara seperti Vietnam, United States, United Kingdom, Thailand, Taiwan, Singapura, Portugal, Filipina, China, Netherlands, Nepal, Morocco, Sepanyol, Kenya, Indonesia, India, Bangladesh, Australia, Madagascar, Jepun, Iran, Paris, Kanada dan Belgium.


"Selangor Bypass Half Marathon 2022 mempunyai 2 kategori iaitu 12km dan 21km dengan hadiah terkumpul sebanyak RM30,000.


"Objektif program ini adalah sebagai platform untuk Kerajaan Negeri Selangor mendekati para belia serta galakan kepada orang ramai untuk mengambil bahagian dalam acara sukan larian dan secara tidak langsung menyuburkan aktiviti sukan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Dengan penganjuran program ini, kata Khairuddin, Kerajaan Negeri berharap agar dapat melahirkan masyarakat yang berdaya saing dalam program berbentuk sukan serta meningkatkan tahap kesedaran kesihatan mental dan fizikal di kalangan belia.


Larian itu dilepaskan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari (gambar bawah), pagi tadi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page