top of page

Selangor anjur jualan murah mega sempena Ramadan



Kerajaan Negeri Selangor akan merancakkan Jelajah Ehsan Rakyat (JER) 2.0 bersempena Ramadan ini bagi memastikan lebih ramai rakyat di negeri itu dapat menikmati pembelian barangan asas dengan harga murah.

Pegawai eksekutif kumpulan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi berkata, sepanjang Ramadan ini pihaknya akan menganjurkan jualan secara mega setiap Sabtu dan Ahad.


"Bagaimanapun jumlah lokasi belum diputuskan. Kita akan meneliti semua aspek termasuk tenaga kerja bagi memastikan proses jualan lancar.


"Walaupun dianjurkan hari minggu sahaja namun PKPS jamin penduduk akan mudah mendapatkan barangan asas ini,” katanya dipetik


Berbanding harga pasaran, JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).


Turut dijual barangan kering keluaran jenama Ehsan PKPS seperti tepung gandum, gula, sos cili, sos tomato, kicap, sardin tin, biskut, beras pulut, mi kering dan cili giling.


Sebagai rekod, JER dilancarkan pada Ogos tahun lalu dengan peruntukan RM10 juta dari Kerajaan Negeri.


Ia antara usaha kerajaan mendepani masalah kenaikan harga barang khususnya barangan makanan keperluan asas yang dijual jauh lebih murah dari harga pasaran.


Inisiatif tersebut memanfaatkan lebih dua juta penduduk Selangor sepanjang tiga bulan pelaksanaan dari September hingga Disember tahun lepas.


Susulan sambutan menggalakkan, Kerajaan Negeri memperluaskan jualan barangan asas murah ke 1,200 lokasi mulai 15 Januari hingga menjelang Mei.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page