top of page

Selangor ambil langkah segera kurangkan risiko banjir



Kerajaan Negeri Selangor telah melaksanakan beberapa langkah segera untuk mengurangkan risiko banjir ketika Monsun Timur Laut yang diramal bermula Sabtu ini.


Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, beliau akan mendapatkan laporan unit pengurusan bencana negeri dan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) mengenai tindakan bagi menangani banjir di lokasi yang dikenal pasti berisiko tinggi.


"Saya akan dapatkan laporan antara esok atau pagi Jumaat. Kita menunggu laporan berhubung langkah yang diambil pihak berkaitan bagi mengelak berlakunya banjir. Bulan lalu saya sudah memberi arahan supaya kawasan kerap banjir ditangani tetapi masih berlaku.


"Saya serius untuk menangani isu ini kerana bah kerap berlaku di tempat sama seperti Kampung Chemperai (Sepang), Labohan Dagang dan Bukit Changgang (Banting)," katanya dipetik ketika ditemui pemberita di Pusat Konvensyen Shah Alam pada Rabu.


Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) pada Rabu mengeluarkan jangkaan musim tengkujuh akan pada Sabtu ini (11 November) dan berterusan sehingga Mac tahun depan.


Ketua Pengarahnya Muhammad Helmi Abdullah berkata, semasa fasa awal MTL bermula bulan ini hingga Januari depan, episod hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan barat Sarawak.


"Bagaimanapun, sekiranya luruan monsun yang berlaku adalah kuat dan pada masa sama wujud sistem cuaca tekanan rendah, hujan lebat berterusan boleh berlaku di negeri lain dalam negara.


"Hujan lebat berterusan untuk tempoh beberapa hari boleh mengakibatkan kejadian banjir di kawasan berkedudukan rendah dan kawasan kerap banjir," jelasnya.


Sementara itu Amirudin memaklumkan, kerajaan negeri Selangor membuat persediaan rapi bagi mendepani banjir termasuk menyediakan keperluan asas kepada mangsa terlibat.


"Selain memastikan keperluan asas kepada mangsa banjir cukup, kita turut menghulurkan bantuan segera wang tunai RM500 kepada mereka," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page