Selangor akan wartakan semula Hutan Simpan Kuala Langat - MB

Updated: Sep 9



Kontroversi nyahwarta Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) selesai hari ini apabila Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor yang bersidang memutuskan beberapa ketetapan.


Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, terdapat 3 keputusan penting yang dibuat dalam mesyuarat pada petang ini melibatkan HSKLU.


"Sebanyak 104 ekar daripada jumlah keseluruhan 1,326 ekar akan kekal dinyahwarta bagi melengkapkan pemberimilikan tanah kepada Kampung Orang Asli Busut Baru bagi menyelesaikan isu yang tertangguh sejak tahun 2006. Mereka telah dipindahkan dari penempatan asal pada 1994 untuk tujuan pembinaan KLIA.


"Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan sebahagian kecil lagi kawasan untuk kekal dinyahwarta bagi tujuan pertimbangan jajaran East Coast Rail Link (ECRL).


"Kerajaan Negeri akan menghentikan cadangan pelan pembangunan ke atas kawasan tersebut (HSKLU) serta membatalkan pemberimilikan tanah itu kepada syarikat terbabit," katanya.


Sebelum ini, syarikat Gabungan Indah Sdn Bhd yang didakwa mempunyai kaitan dengan Umno diberi hak untuk memajukan keseluruhan HSKLU yang dinyahwartakan pada 5 Mei 2021.


Sehubungan itu, menurut Amirudin lagi, Kerajaan Selangor akan memulakan proses mewartakan semula Hutan Simpan Kuala Langat Utara berkenaan.


"Pada masa sama, kawasan gantian yang diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal seluas 1,436 ekar di Sungai Panjang, Ampang Pechah dan Bukit Broga akan kekal statusnya sebagai Hutan Simpan Kekal.


"Kerajaan Negeri ingin menegaskan segala proses penyahwartaan sebelum ini telah mengikuti segala prosedur dan tatacara yang dinyatakan mengikut lunas undang-undang," katanya lagi.


Untuk mengelakkan kontroversi di masa hadapan, kata MB, Kerajaan Negeri akan menulis surat kepada Speaker Dewan Negeri Selangor untuk mengadakan sidang Jawatankuasa Pilihan Khas Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) bagi menjawab sebarang isu-isu yang dibangkitkan berkenaan penyahwartaan sebelum ini.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
19198
292
20980
Total
1,979,698
20,711
1,721,710

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
349,788
5,246
372,363
Total
225,423,690
4,643,538
200,274,221

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER