top of page

Selangor akan lancar dasar mesra Orang Kurang Upaya

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Feb 22
  • 1 min read

ree

Kerajaan Negeri Selangor dijangka melancarkan dasar berkaitan Orang Kurang Upaya (OKU) pada suku kedua tahun ini.


Exco Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari berkata, dasar itu bakal memberi penekanan khusus kepada usaha menyediakan prasarana yang lebih baik dan mesra golongan berkenaan.


"Menerusi dasar ini, penekanan khusus diberikan berkaitan prasarana mesra OKU dan sokongan kepada penjaga mereka. Ini sebahagian peranan penting yang perlu dimainkan semua pihak.


"Pada masa sama, Kerajaan Negeri menerusi pihak berkuasa tempatan juga akan memastikan penguatkuasaan undang-undang yang ada seperti Akta 172 terhadap pemaju yang tidak mengikuti syarat," katanya di Dewan Negeri Selangor pada Jumaat.


Anfaal yang juga ADN Taman Templer berkata demikian ketika sesi penggulungan titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.


Dalam pada itu beliau memaklumkan dewan bahawa pihaknya akan terus memastikan kebajikan rakyat negeri itu terus diberi perhatian.


Susulan itu beliau merancang untuk mengadakan perbincangan dengan Exco Kerajaan Tempatan Datuk Ng Suee Lim berhubung usaha memudah cara kebenaran merancang pusat penjagaan warga emas, OKU dan kanak-kanak di negeri itu.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page