top of page

Selangor akan 'kepung' kawasan dijangkiti Covid 19



Kerajaan Selangor akan melaksanakan strategi baharu bagi membendung wabak Covid 19 yang amat tinggi kadar jangkitannya di negeri itu.


Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Kerajaan Negeri bersetuju untuk melaksanakan cadangan Pengerusi Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC), Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad bagi memutuskan rantaian Covid terutama di kawasan perindustrian.


"Kita kena ‘potong’ perebakan wabak, tak boleh hanya ikut. Jadi bila kita dapat jangka lokaliti tertentu, kita boleh rancang langkah seterusnya.


“Cara ini pernah diaplikasikan di Pasar Jalan Othman, Petaling Jaya. Kita dapati banyak kes babitkan kawasan itu jadi kita kepung dan berjaya kawal wabak,” katanya dalam siaran langsung Facebook 'Covid-19 Fight: Red Zone Selangor' semalam.


Menurut Amirudin lagi, dua Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) dalam komuniti akan diwujudkan bagi mengasingkan pesakit positif dalam masa terdekat memandangkan langkah kuarantin di rumah kurang memuaskan.


Maklumat rantaian penularan Covid pula, katanya akan diperolehi dari aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah).


“Selangor akan kesan melalui SELangkah, lakukan saringan dan sokong melalui CAC atau pusat panggilan memandangkan kes tinggi. Kita tidak mahu bebankan Kementerian Kesihatan Malaysia dan klinik,” katanya.


Dalam pada itu, beliau turut berpuas hati dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan untuk perkongsian data semasa keseluruhan wabak Covid-19 seperti sebelum ini.


Perkara itu yang dipersetujui Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba diharapkan berjalan lancar sekali gus memudahkan tindakan mengekang penularan pandemik di Selangor.


"Perkongsian data bukan hanya dari aplikasi MySejahtera kepada SELangkah sebaliknya untuk dua-dua hala.


“Jadi perkara ini tengah dibuat dan harap benar-benar berlaku. Ia sangat penting kerana tindakan seterusnya boleh dirancang, walaupun tidak sepenuhnya tepat namun berkesan seperti ketika Selangor berdepan gelombang kedua,” katanya.


SELangkah telah wujud sebelum aplikasi MySejahtera yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan.


Aplikasi yang dibangunkan Kerajaan Selangor itu berjaya mengekang wabak Covid sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan 1.0 sebelum Kerajaan Persekutuan mewajibkan aplikasi MySejahtera di setiap premis perniagaan dan enggan berkongsi data keseluruhan dengan Kerajaan Selangor.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page