top of page

Selangor adakan libat urus isu berkaitan insinerator



Kerajaan Selangor akan melaksanakan libat urus bersama penduduk Batu Arang, Gombak berkaitan bantahan pembangunan loji rawatan termal atau insinerator di kawasan terbabit.


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, libat urus menerusi anak syarikatnya, KDEB Waste Management bagi memberikan maklumat tepat berkenaan perancangan pembangunan loji itu.


"Kerajaan Negeri sedang dan akan (terus) melaksanakan libat urus bersama penduduk untuk memberikan maklumat tepat berkenaan perancangan pembangunan loji waste-to-energy (sisa kepada tenaga)," kata Amirudin.


Sebelum ini, kira-kira 1000 penduduk berhampiran tapak cadangan insinerator mengadakan protes membantah cadangan pembinaan pembinaan loji tenaga hijau Sultan Idris Shah bernilai RM4.5 bilion itu.


Mereka menyatakan kebimbangan mengenai impaknya terhadap alam sekitar.


Amirudin bagaimanapun menegaskan, teknologi WTE bertujuan mengurangkan kebergantungan terhadap pembuangan sampah di tapak pelupusan tidak memberi kesan negatif kepada alam sekitar, malah telah dibangunkan di negara maju.


"Teknologi yang dirancang bukan dari zaman 70-an ataupun 80-an. Industri WTE telah dibangunkan di negara-negara maju dengan teknologi mampan yang tidak memberikan kesan negatif kepada alam sekitar," jelasnya.

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page