top of page

Selangor 1000 Digital diperkenal tingkat ilmu usahawan negeri



Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan program Selangor 1000 Digital sebagai komitmennya memperluaskan transformasi digital dalam kalangan usahawan tempatan.


Exco Keusahawanan, Mohd Najwan Halimi berkata, program itu merupakan kolaborasi antara Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec), Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (Upen) dan Platform Selangor (PLATS).


Susulan itu program itu bakal mengadakan siri jelajah di daerah Petaling diikuti Sabak Bernam, Sepang, Hulu Langat dan Gombak bagi memberi pendedahan kepada golongan sasar

"Kita anjurkan program ini untuk memberi pendedahan kepada usahawan di bandar dan luar bandar berkaitan tranformasi digitalisasi supaya dapat menjana pendapatan dan perkhidmatan mereka.


"Kita sasar 1,000 usahawan e-dagang termasuk syarikat penstriman langsung di seluruh Selangor. Menerusi program ini terdapat 10 topik latihan antaranya pengurusan perniagaan secara digital dan teknik penciptaan kandungan menarik," katanya dipetik.


Mohd Najwan ditemui pemberita selepas melancarkan program tersebut di Pusat Konvensyen MBSA di sini, Shah Alam pada Khamis.


Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Sidec Yong Kai Ping berkata pengenalan program itu selari hasrat kerajaan negeri untuk memperkukuh Selangor sebagai hab digital baharu di ASEAN.


Selain memperkenal inisiatif yang memfokuskan kepada transformasi digital Sidec juga kini jelasnya sedang melaksana program dalam industri semikonduktor yang sedang berkembang pesat.

0 comments

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page