top of page

Selamatkan Rafah, tempat terakhir penduduk Gaza berlindung dari serangan Israel



Seluruh masyarakat dunia perlu memberikan tumpuan kepada Rafah, kawasan terakhir yang kini menjadi tempat perlindungan kepada lebih 1.5 juta warga Gaza kerana ia diancam serangan besar besaran Israel meski pun genjatan senjata telah dipersetujui.


Penasihat Malaysia Humanitarian Aid and Relief (MAHAR), Nurul Izzah Anwar berkata, hal yang merisaukan ialah Israel ingin meneruskan pembunuhan dan kemusnahan walaupun cadangan gencatan senjata telah diterima semata-mata untuk memenuhi kehendak jahat pemimpin rejim itu, Benjamin Nethanyahu.


"Kita semua dari segenap lapisan masyarakat harus bangkit dan memberikan tekanan kepada Israel dan sekutunya untuk berhenti melakukan perkara yang menambah kesengsaraan kepada warga Gaza khususnya mereka yang sedang berlindung di Rafah dan juga memberi perhatian penuh kepada apa yang berlaku di Rafah pada ketika ini," kata Nurul Izzah dalam kenyataan hari ini.


Semalam tentera pejuang Palestin, Hamas bersetuju menerima cadangan gencatan senjata di Gaza seperti yang dikemukakan oleh perantara Qatar dan Mesir walaupun Israel berkata cadangan itu tidak memenuhi tuntutannya.


Dalam kenyataan yang disiarkan di laman web rasmi, Hamas berkata, pemimpin paling kanan pasukan berkenaan, Ismail Haniyeh sudah berhubung dengan Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahan Al Thani dan Menteri Perisikan Mesir, Abbas Kamel bagi memaklumkan persetujuan Hamas terhadap cadangan perjanjian gencatan senjata itu.


Rafah bersama barangan mereka ke tempat yang lebih selamat di selatan Gaza pada 7 Mei ekoran arahan pengosongan oleh rejim Israel - gambar ihsan AFP

Di sebalik persetujuan Hamas itu, Perdana Menteri Netanyahu pula memberitahu, perjanjian yang dicadangkan itu tidak memenuhi tuntutan Israel.


"Israel selama ini menggunakan taktik kotor dengan menjadikan Rafah dan semua warga Palestin yang berada di sana sebagai tebusan dalam memaksa Hamas untuk bersetuju dengan syarat mereka dalam proses gencatan senjata.


"Setelah beberapa pusingan rundingan dan cadangan gencatan senjata, semalam Hamas telah memberi gambaran menerima draf gencatan senjata yang di cadangkan oleh Qatar dan Mesir.


"Namun demikian, pada pagi ini, dunia sekali lagi dikejutkan dengan gambaran sebenar perangai Israel yang telah menghantar kereta kebal mereka di Kompleks Imigresen Rafah," jelas Nurul Izzah.


Tambahnya, ekoran tindakan Israel itu pergerakan sukarelawan dan juga barangan bantuan telah dihentikan melalui pintu Rafah.


"Terdapat juga laporan dari media Ibrani yang menunjukkan kereta kebal tentera Israel sedang beroperasi di Koridor Philidelphi. Ini secara jelas menandakan yang Israel telah mencabuli Perjanjian Philidelpi 2005 yang bersetuju kawasan tersebut adalah kawasan bebas tentera (demilitarized zone)," katanya.


Sementara itu, Sekretariat Induk Ops Ihsan mengutuk tindakan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis kepada penduduk Palestin di Gaza dan terbaru menutup pintu lintasan Kerem Shalom yang telah menyebabkan operasi bantuan kemanusiaan melalui pintu masuk di Rafah terhenti serta merta.


"Arahan pemindahan kurang dari 24 jam oleh rejim Zionis ini melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan norma-norma kemanusiaan.


"Penutupan pintu lintasan masuk melalui Rafah menimbulkan kebimbangan bahawa bekalan sedia ada yang sudah berkurangan akan mencetuskan malapetaka kemanusiaan yang teruk, serta dikhuatiri bakal mencatatkan rekod kematian terburuk selepas Perang Dunia Kedua," kata pengerusinya Jismi Johari (gambar atas, kiri Nurul Izzah).


Ratusan treler yang membawa bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin kini terkandas, termasuklah 4,000 pek bantuan bakul kemanusiaan terbaru Ops Ihsan.


"Selain perbekalan pek bantuan bakul makanan di bawah inisiatif Kerau Ihsan, Sekretariat Induk Ops Ihsan turut mengusahakan inisiatif penyediaan makanan bermasak iaitu Dapur Ihsan kepada warga Palestin di Deir Al Balah.


"Pada masa kini, Sekretariat Induk Ops Ihsan sedang mendapatkan maklumbalas dari Petugas Dapur Ihsan bagi menganalisa implikasi penutupan lintasan pintu masuk dan langkah terbaik bagi mendepani kemelut untuk meneruskan bantuan kepada rakyat Palestin di timur Rafah," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page