top of page

Selamat menyambut Aidiladha dari Setiausaha Agung KEADILAN, Pengarah Komunikasi

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
Jul 10, 2022
1 min read


Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam Malaysia.


Beliau akan bersama penduduk di kawasan Parlimen Kulim Bandar Baharu melaksanakan ibadah korban pada hari raya kedua.


"Kepada seluruh muslimin muslimat selamat menyambut hari raya qurban," katanya.


Sementara itu, Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil juga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua dan semoga ibadah diberkati.


"Selamat Hari Raya Aidiladha diucapkan kepada rakan-rakan semua


"Semoga ibadah dan amal dipermudah dan diterima Illahi, Insha Allah," katanya.


Ahli Parlimen Lembah Pantai itu dilaporkan berjaya mengusahakan sumbangan 20 ekor lembu untuk sejumlah surau, masjid dan persatuan penduduk sekitar Lembah Pantai dan akan bersama sama melaksanankan ibadah korban bersama penduduk di kawasan parlimennya.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page