Selamat mengundi kepada calon, anggota KEADILAN - Anwar
- Suara Keadilan

- Apr 11
- 1 min read

Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat memilih kepada semua anggota KEADILAN yang mula mengundi menentukan jawatankuasa peringkat cabang hari ini, bermula di Kedah.
Beliau berharap Pemilihan KEADILAN 2025 akan berjalan lancar dengan penuh semangat kekeluargaan tanpa bibit perpecahan.
"Selamat mengundi dan selamat maju jaya kepada semua calon serta anggota KEADILAN dalam pemilihan parti kali ini.
"Proses ini harus berlangsung dalam semangat kekeluargaan dan penuh etika, menjauhi budaya yang memecahbelahkan.
"Demokrasi dalaman parti perlu diperkukuh demi masa depan yang lebih utuh," katanya.
Anwar juga berharap para anggota menggunakan kuasa undi dengan bijaksana dan memilih pemimpin yang terbaik serta berintegriti untuk memimpin parti.
"Seperti yang sering saya tegaskan, KEADILAN bukan sekadar parti politik, namun wadah perjuangan rakyat. Maka, pilihlah kepimpinan yang berintegriti, amanah dan benar-benar membawa suara rakyat terbanyak.
"Insya-Allah, usaha dan ikhtiar kita akan dipermudahkan demi Malaysia yang lebih adil dan makmur untuk semua," katanya lagi.
Pemilihan cabang bermula hari ini di Kedah, 12 April di Perlis, Selangor, Melaka dan 13 April di Perak, Negeri Sebilan dan Sarawak.
Pada minggu seterusnya, 18 April pemilihan di Kelantan, Terengganu, 19 April di Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan, Pahang dan pemilihan berakhir pada 20 April di Sabah dan Johor.









Comments