Selamat maju jaya calon bertanding - Setiausaha Agung KEADILAN



Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengucapkan selamat kepada calon calon yang bertanding pada peringkat Cabang yang mana pencalonan bermula sejak semalam hingga Ahad ini.


"Bermula 8 hingga 10 April 2022, bermula proses penamaan calon peringkat pimpinan di semua 222 cabang seluruh negara bagi Pemilihan Keadilan 2022.


"KEADILAN merupakan satu-satunya parti politik yang mempunyai wakil sah dan berdaftar di semua 222 kawasan parlimen. Ini adalah antara sesuatu yang anggota KEADILAN boleh banggakan.


"Di kesempatan ini, saya mengucapkan selamat maju jaya kepada semua yang mengambil bahagian dalam pemilihan diperingkat Cabang," katanya.


Di samping itu beliau juga mengingatkan agar calon calon yang berkempen melakukannya dalam semangat kekeluargaan untuk memberi kekuatan kepada akar umbi KEADILAN.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER