top of page

Selamat keluar mengundi, patuhi SOP - Dr Lee Boon Chye



Pengundian dalam Pilihan Raya Negeri Melaka pada 20 November ini dijangka tidak akan mencetuskan kluster Covid 19 sebagaimana kebimbangan banyak pihak.


Hal ini ditegaskan oleh mantan Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye dalam temubual maya anjuran KEADILAN Studio bertajuk: "SOP Untuk Keselamatan Atau Rencat Demokrasi?.


Katanya, pengundi seharusnya tidak bimbang dan mengikut jejak langkah pengundi awal dalam kalangan pasukan beruniform yang lebih 80% telah menunaikan tangungjawab membuang undi pada 16 November lalu.


"Mungkin ada kebimbangan soal Covid, saya tegaskan bahawa bila kita jaga SOP (Prosedur Operasi Piawai), pakai pelitup muka, jarak fizikal dan sebagainya, penularan Covid tidak mudah berlaku.


"Jangan bimbang, keluarlah mengundi ikut jadual yang ditentukan oleh SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) dan elakkan dari tempat yang sesak. Pengundian boleh dilakukan dengan selamat dan saya pasti kali ini Melaka akan memimpin Malaysia dalam perubahan politik," katanya.


Bagaimanapun Ahli Parlimen Gopeng itu tetap terkilan dengan penguatkuasaan berlebihan peraturan larangan berkempen fizikal yang bagi beliau kelihatan tidak masuk akal, kerana Melaka telah pun berada dalam Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara.


"Jika kita yakin dengan vaksin Covid kita sepatutnya longgarkan kawalan. Kenapa longgarkan kawalan untuk aktiviti ekonomi, sosial, riadah tetapi untuk politik perketatkan? Tak munasabah bila kita makan minum di kedai, apabila kita bawa lambang parti kena saman. Perkara sedemikian tidak sepatutnya berlaku.


"Acara sukan berterusan, kenduri boleh dibuat tetapi ceramah tidak dibenarkan. Dengan keadaan kempen pilihan raya tidak dibenarkan saya bimbang, apabila kawalan penyakit dicampurtangan unsur-unsur politik, maka ini akan menghakis keyakinan rakyat terhadap langkah yang diambil," katanya.


Dr Lee turut memberi peringatan kepada kerajaan agar tidak mengurangkan keyakinan awam dengan melaksanakan SOP double standard dan membezakan antara kegiatan politik dan bukan politik.


"Bila keyakinan rakyat berkurang, kawalan pandemik akan lebih susah. Saya rasa unsur politik jangan campur dalam kawalan pandemik.


"Sepatutnya SOP standard, sama ada kempen atau tidak kempen, tidak boleh berlainan. Sepatutnya kempen pilihan raya boleh diteruskan dengan syarat tertentu. Mana ada negara yang buat pilihan raya tetapi tidak boleh kempen?


"Jangan salahkan kempen (merebaknya Covid). Jangkitan Covid lebih kepada aktiviti yang boleh menular virus di mana mereka tidak ada jarak fizikal dan tidak pakai pelitup muka dan sebagainya. Bila ada unsur double standard maka akan menghakis keyakinan rakyat terhadap Kementerian Kesihatan Malaysia," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page