Selamat Hari Ulang Tahun: PMX Terus Berbakti Meski Hadapi Pancaroba
- Suara Keadilan
- 15 minutes ago
- 2 min read

Oleh: Shahbudin Embun
ULASAN: 10 Ogos, menandakan hari ulangtahun kelahiran ke 78 Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX). Dan dalam kegembiraan PMX menyambut hari lahir bersama keluarga tersayang, pastinya beliau hanya mahukan hadiah istimewa, bukan untuk dirinya tetapi untuk untuk rakyat Malaysia menikmati kehidupan yang lebih bermartabat, aman dan bahagia.
Sejak menjadi Perdana Menteri, PMX terus istiqamah bekerja dan berusaha untuk melakukan yang terbaik untuk negara. Di bawah kepimpinannya negara kita terus mencerminkan kematangan dalam memastikan kestabilan politik, melakukan lonjakan ekonomi yang progresif, dan sentiasa berusaha ke arah perpaduan dan keharmonian sosial yang padu dan kukuh.
Inilah Malaysia yang kita kita semua idamkan, iaitu sebuah negara yang adil, makmur, dan mementingkan keharmonian antara semua kaum. Lihat sahaja di media sosial, begitu banyak limpahan doa dan ucapan istimewa membanjiri media sosial sempena ulang tahun kelahiran PMX, yang sekaligus menggambarkan dan mencerminkan kasih sayang serta sokongan padu rakyat terhadap pemimpin negara yang telah banyak mencurahkan jasa kepada negara.
Pembangkang tidak faham apa yang dikritik
Namun di sebalik usaha yang dijalankan oleh PMX dan kerajaan madani, ada sahaja suara suara yang tidak menghargai langsung apa yang dilakukan oleh PMX. Golongan ini memiliki hati yang hitam, yang mana mereka tidak akan langsung melihat pada kebaikan yang dilakukan oleh PMX, dan hanya membangkang apa sahaja isu atau sesuatu yang ingin diperkenalkan dan diusahakan oleh PMX. Pada pandangan mereka yang berhati hitam ini, semua yang dilakukan oleh PMX adalah salah dan tidak betul .

Bukan itu sahaja, setiap hari PMX dihina, dikeji, disindir oleh golongan ini serta para penyokong yang hanya tahu mengikut apa yang dilemparkan oleh pemimpin mereka tanpa membaca atau mengkaji sesuatu isu. Mereka hanya tahu mengkritik tetapi tidak faham dengan apa yang dikritiknya.
Umum juga sudah ketahui bahawa perhimpunan Turun Anwar yang dianjurkan oleh pihak pembangkang menemui kegagalan. Manakala di Parlimen pula, pihak pembangkang lebih mengutamakan isu isu yang remeh untuk dibahaskan.
Sungguhpun begitu, PMX terus bekerja. Tidak lama selepas gesaan minta dia diturunkan, PMX terus turun bekerja dan memastikan projek projek yang sedang dan bakal dijalankan, mesti dilaksanakan dengan sempurna.
Walaupun ada suara suara dari penyokong PMX yang merasakan PMX terlalu memberi muka kepada negeri-negeri pembangkang, namun beliau tetap turun dan menyalurkan bantuan. Bagi PMX, biarlah dia dihina, dikeji, disindir, namun tanggungjawab mesti dijalankan, tidak kira di negeri mana, asalkan rakyat Malaysia semua mendapat manfaatnya.
Nilai sendiri, hargai pengorbanan PMX
Ada masanya saya terasa sangat sedih melihat tohmahan mereka yang menuduh dan memperkecilkan usaha-usaha yang dijalankan oleh PMX dan Kerajaan Madani. Tidak ada salahnya untuk mengkritik atau menegur, tetapi lakukanlah dengan penuh hormat, dan bukannya dengan menggunakan bahasa kasar dan kesat serta terus memfitnah dan menyebarkan berita tidak benar.
Kepada mereka yang masih tidak menghargai jasa-jasa dan usaha yang dilakukan oleh PMX, apa kata, anda ambil sedikit masa dan menilai semula segala usaha yang telah, sedang dan bakal dilaksanakan oleh PMX dan kerajaan Madani. Mungkin apabila anda menilainya dengan lebih mendalam, anda akan menghargai pengorbanan yang dilakukan oleh PMX.
Semoga Allah SWT sentiasa mengurniakan PMX kesihatan yang berterusan, kekuatan yang teguh, serta kesabaran dan kebijaksanaan dalam mentadbir negara yang kita sayangi ini. Malaysia masih perlukan PMX untuk terus mengemudi kepimpinan demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan tanah air tercinta.
Penulis merupakan Ketua Biro Politik Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat.