Selamat Hari Sarawak - KEADILAN Sarawak



KEADILAN Sarawak tidak ketinggalan untuk mengucapkan Selamat Hari Sarawak kepada penduduk Sarawak.



Pengerusi KEADILAN Sarawak, Larry Sng Wei Shien menyeru anak kelahiran Sarawak supaya terus membela dan memelihara negeri yang tercinta.


"Hari Sarawak sekali lagi muncul dengan berhadapan dengan normal baharu di mana setiap rakyat digalak memakai topeng muka di khalayak ramai akibat serangan COVID-19 sampai sekarang.


"Marilah kita sebagai anak Sarawak sama-sama menjaga dan memelihara Sarawak yang kaya dengan hasil semulajadi demi kepentingan rakyatnya," katanya dalam kenyataan.


Pada masa sama, Larry berharap warga Sarawak dapat menjaga keharmonian dan menyumbang kepada kemajuan negeri.


"Dengan semangat cintakan Sarawak sebagai tanah tumpah darah kita, diharap rakyat Sarawak akan menghayati Sejarah Sarawak sebagai sebuah wilayah semasa sama-sama menubuhkan Malaysia setara bersama Tanah Melayu, Sabah dan Singapura pada tahun 1963.


"Semoga perayaan Hari Sarawak kali ini akan membawa rahmat kepada kita dan marilah kita memelihara keharmonian kaum untuk membawa Sarawak lebih maju pada masa depan," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
10,710
153
5778
Total
916,561
7019
784,949

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
491,381
8,692
392,980
Total
186,407,192
4,028,301
168,805,736

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER