
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat ahli Parti Keadilan Rakyat, penyokong, aktivis Reformasi dan para pejuang keadilan di seluruh Malaysia. Kami memohon ampun dan maaf sepanjang berada di ruang maya hampir sebulan lalu. Suara Keadilan (SK) tidak lagi dalam versi tradisional dengan akhbar yang berpengaruh sejak keluaran pertamanya pada September 1999. Akhbar SK pernah mencatat sejarah apabila menjadi suara perubahan pada era 2008 - 2009, tahun-tahun kejayaan Pakatan Rakyat. Juga menjadi bahan bacaan alternatif wajib menjelang pilihan raya umum ke 13 pada 2013 dengan edara sekitar 80,000 - 120,000 naskhah. Hari ini, SK hanya bergerak di alam siber mengikut tuntutan zaman dan pengaruh media sosial yang kuat. Bagaimanapun kami akan tetap menghidangkan berita 'suara akar umbi' dan hangat sebagaimana akhbar SK tempoh lalu. Selamat Hari Raya. Minal 'Aidin wal-Faizin. Maaf Zahir dan Batin.