Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil menzahirkan ucapan Selamat Hari Pekerja sempena sambutannya pada 1 Mei 2021.
Beliau berharap semua pihak akan dapat terus menggalas tugas masing-masing dengan baik walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran.
"Tidak kira apa sahaja kerjaya yang dipilih, anda adalah penyumbang kepada kemakmuran negara.
"Tahun-tahun yang lalu agak mencabar bagi kita semua, doa saya agar kita terus berusaha dan tidak mudah berputus asa. Semoga kita dapat meraih kemenangan melawan pandemik ini dan memacu negara ke arah kestabilan ekonomi," katanya.
Pada masa sama, Fahmi juga mengingatkan semua pihak supaya meningkatkan pengetahuan masing-masing bagi memastikan kerjaya masing-masing terus berdaya saing.
"Saya harap rakan-rakan semua akan terus mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran, mengambil bahagian dalam kursus-kursus dan bengkel-bengkel untuk memastikan kebolehkerjaan kita sentiasa relevan.
"Bagi rakan-rakan warga Lembah Pantai, Pusat Kerja Lembah Pantai sentiasa bersedia untuk membantu," katanya.
Comments