top of page

'Selama 22 bulan saya tidak pernah ubahsuai pejabat' - Sim

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Oct 2, 2021
  • 1 min read


Kontroversi pengubahsuaian kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana bernilai RM38 juta masih dibicarakan hingga kini walau pun hampir seminggu angka tersebut didedahkan.


Bagi mantan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin, biar pun mengubah suai pejabat menjadi tradisi menteri era BN namun ketika beliau memasukki pejabat, beliau menolak ubahsuai demi menjimatkan wang negara.


"Semasa pertama kali memasuki pejabat Timbalan Menteri, seorang pegawai kanan bertanya kepada saya, adakah Tuan mahu mengubahsuai pejabat?


"Dia jelaskan setiap menteri baru berhak mengubah suai pejabatnya (tentu saja perlu mendapat persetujuan).


"Saya terus menjawab: Tidak, mari kita bekerja.


"Selama 22 bulan di pejabat, saya tidak menambah perabot dan juga tidak membawa pulang perabot," kata Sim dalam catatan di Facebook.


Beliau memuat naik gambar di pejabat lamanya (gambar atas) yang masih sesuai digunakan perabot dan hiasan dalaman tanpa perlu penambahbaikkan.


Untuk rekod, kos mengubahsuai kediaman rasmi PM bernilai RM38.5 juta dan pembangkang mendesak didedahkan secara terperinci.





Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page