top of page

Selain makan durian, ada majlis lain melibatkan Rashid Hasnon


Majlis makan durian yang tular di media sosial sejak semalam dihadiri Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon bukan satu-satunya majlis melanggar SOP dihadiri Ahli Parlimen Batu Pahat itu, di Johor.


Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Akmal Nasir, Rashid juga didakwa kelihatan dalam satu majlis penyerahan replika cek di sebuah pejabat.


Sehubungan itu, beliau membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat, pagi tadi.


"Ada dua perkara baru yang saya mahu kemukakan. Pertama maklumat yang saya dapat daripada seorang individu yang mana beliau mengaku dirinya sebagai pemimpin Bersatu, Batu Pahat.


"Beliau juga telah meletakkan program yang lain di laman Facebook beliau, iaitu satu lagi majlis yang dibuat di pejabat melibatkan penyerahan replika cek serta ada ucapan dengan pembesar suara.


"Itu bagi saya satu maklumat yang seharusnya diteliti sebab pelanggaran SOP bukan berlaku di satu tempat," katanya kepada wartawan di luar IPD Batu Pahat.


Selain itu, Akmal berkata beliau memberikan kepada polis beberapa maklumat mengenai lokasi 'kenduri makan durian' yang melibatkan Rashid.


Ahli Parlimen Johor Bahru itu juga mempersoalkan mengapakah Rashid boleh hadir di lokasi makan durian secara melanggar SOP tetapi Partlimen yang lebih ketat SOPnya masih ditutup.


"Pertanyaan yang dikemukakan mengapa majlis makan ini boleh dibuat dalam keadaan beliau Timbalan Speaker tetapi Parlimen masih belum dibuka. Jadi apakah rasional meliau meraikan sedemikian sedangkan Tuanku Agong bertitah sebanyak 3 kali supaya Parlimen dibuka dengan segera.


"Saya buat laporan kerana saya agak peka, bila ramai mengadu kenapa tiada tindakan sebelum ini. Jadi saya nak bertanya apakah status terkini mengenai beberapa siasatan, sebagai contoh terhadap Menteri Besar Kedah?


"Apakah siasatan mengenai timbalan menteri yang menganjurkan majlis sambutan Hari Bapa di rumah? Perkara ini rakyat tertanya-tanya. Malah berkaitan Datuk Rashid ini bukan kali pertama.


"Sebelum ini bila Azmin turun pun ada pertikaian berkaitan pelanggaran SOP. Cuma kali ini bila perkara berbangkit saya selaku Ketua AMK membuat laporan secara rasmi," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page