top of page

Sekuriti makanan: Perluaskan tanaman padi di Sabah, Sarawak


Oleh: Abdullah Zaid


Bagi menjamin bekalan beras negara mencukupi pada tahap 100% sara diri (SSL), kerajaan bercadang untuk memperluaskan penanaman padi di Sabah dan Sarawak.


Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu (PH - Kota Raja) berkata kebergantungan bekalan beras dari Kedah, Perak, Kelantan, Perlis dan Pulau Pinang perlu dinilai semula bagi menjamin sekuriti makanan negara.


Hal ini kerana, katanya, negeri di Utara dan Pantai Timur itu terdedah kepada risiko banjir yang kerap berlaku pada awal dan akhir tahun sekali gus menjejaskan bekalan beras negara.


"Selalunya bila banjir berlaku, ia boleh merosakkan ataupun mengurangkan hasil padi. Lazimnya banjir ini berlaku di Utara dan Pantai Timur antara Disember dan Januari.


"Oleh itu dalam jangka panjang kita mesti bina sekuriti makanan kita di Sabah dan Sarawak. Jadi kita mesti bincang secara serius supaya Sabah dan Sarawak, dipertingkatkan kawasan penanaman padi," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.


Mengulas lanjut, Presiden AMANAH itu memaklumkan kementeriannya akan memohon peruntukan khas menjelang Belanjawan 2024 untuk memastikan inisiatif itu dapat direalisasikan.


"Kita akan mohon peruntukan pada bajet kali ini (Belanjawan 2024) atau kalau tak sempat, apa-apa sahaja peruntukan pada masa akan datang, untuk kita buat sistem perairan lebih baik agar dapat tingkatkan pengeluaran padi


"Justeru, harapan kita juga supaya wakil rakyat di sana (Sabah dan Sarawak) akan bersama-sama dengan kementerian dalam isu ini," ujarnya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page