top of page

Sekurang-kurangnya 11 Ahli Parlimen Umno tarik sokongan, kerajaan PN tumbang

Updated: Aug 4, 2021


Pengumuman Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang media petang tadi menamatkan spekulasi kedudukan Perdana Menteri (PM) Tan Sri Mahiaddin Yassin.


Dengan perisytiharan penarikan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan dibarisi 10 orang Ahli Parlimen Umno maka kedudukan sokongan terbaharu yang dimiliki Mahiaddin sekitar 100 kerusi berbanding 222 kerusi Parlimen.


Zahid dalam pengumumannya menegaskan Umno enggan untuk terus menyokong kerajaan PN kerana dilihat telah gagal dalam menguruskan negara dan tidak menjunjung prinsip Raja Berperlembagaan.


"Umno memilih untuk mengambil pendirian berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong dan tidak akan mempertahankan Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yasin yang ternyata gagal di mata rakyat, selaras dengan Fasal 3.3 Perlembagaan Umno.


"Bagi menzahirkan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada Yang di-Pertuan Agong maka Majlis Kerja Tertinggi sebulat suara bersepakat untuk menarik balik sokongan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional dan Tan Sri Mahiaddin Yasin selaku Perdana Menteri," kata Zahid dalam sidang media di ibu pejabat Umno, di PWTC.


Bersama Zahid dalam sidang media itu adalah Najib Abdul Razak (Pekan), Azalina Said Othman (Penggerang), Mohd Nizar Zakaria (Parit), Azeez Abdul Rahim (Baling), Noh Omar (Tanjung Karang), Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk), Ahmad Nazlan Idris (Jerantut),

Ahmad Jazlan Yaakub (Machang), Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang), Ramli Mohd Nor (Cameron Highlands) dan Ahmad Maslan (Pontian).


Dengan penarikan sokongan ini Mahiaddin tidak ada pilihan selain meletakkan jawatan kerana Proklamasi Darurat yang boleh menjamin kuasa PM telah pun tamat pada 1 Ogos lalu.


Dengan ini Mahiaddin perlu memberi laluan kepada Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri baharu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page