top of page

Sektor peruncitan perlu manfaat proses pendigitalan



Proses pendigitalan kini menjadi satu keperluan kepada sektor perniagaan peruncitan untuk berkembang maju dan ia bukan lagi pilihan, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.


Beliau berkata, peruncit boleh memanfaatkan analitik dan pemperibadian data bagi memacu kempen sasaran pemasaran, meningkatkan cadangan produk dan mengoptimumkan strategi harga.


"Pengoptimuman rantaian bekalan adalah sama penting di mana pelaksanaan penyelesaian digital boleh meningkatkan pengurusan inventori, logistik dan ramalan permintaan," katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program 100 Go Digital keempat dan akhir Persatuan Rangkaian Runcit Malaysia (MRCA) dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) di Portal My5G, TRX Exchange 106, Kuala Lumpur semalam.


Hadir sama Presiden MRCA Datuk Sharan Valiram, Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Mahadhir Aziz, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif bersama Digital Nasional Berhad, Datuk Ahmad Zaki Zahid dan Sim Ling Ku, pengasas Cursors Choice Network.


Siri MRCA-MDEC 100 Go Digital berfungsi sebagai platform untuk pemain industri saling berhubung, bertukar pandangan dan bekerjasama dengan dua sesi diadakan tahun lepas manakala sesi ketiga diadakan pada Januari lepas.


Gobind berkata, pemain industri juga perlu melibatkan diri secara konstruktif dengan kerajaan bagi menangani cabaran dan jurang agar perniagaan memanfaatkan sepenuhnya manfaat pendigitalan seperti celik digital, keselamatan siber dan sambungan internet.

"Industri runcit telah berkembang pesat dalam beberapa tahun kebelakangan ini.


"Tidak dinafikan, semakin banyak pembelian dibuat secara dalam talian tetapi masih ada ruang untuk kedai fizikal," kata Gobind lagi.


Inisiatif 100 Go Digital bermula pada 2020 untuk membolehkan perniagaan Malaysia bergerak ke arah pendigitalan bagi meningkatkan kecekapan dan produktiviti, mencipta sumber pertumbuhan baharu, serta meningkatkan hasil dan penjimatan kos perniagaan.


Sejak itu, MDEC telah bekerjasama dengan pelbagai rakan industri untuk melaksanakan inisiatif 100 Go Digital di seluruh negara.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page