top of page

Sektor perkilangan punca terbesar kluster Covid 19 di Selangor


Sektor industri yang terus dibenar beroperasi dalam Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 menyebabkan kes jangkitan harian Covid 19 melonjak tinggi di Selangor jelas dibuktikan dalam penelitian terbaharu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


Dalam sidang media hari ini Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Indera Dr Sha’ari Ngadiman menegaskan sektor perkilangan merupakan penyumbang terbesar wujudnya kluster Covid 19 di Selangor.


Beliau juga menolak dakwaan peningkatan kes terbaharu berikutan wujudnya kluster Hari Raya Aidiladha.


"Tiada kluster yang berkaitan perayaan Hari Raya Aidiladha yang dilaporkan di daerah-daerah di Selangor.


"Tren peningkatan kes di Selangor sebenarnya telah pun dilihat sejak sebelum bermulanya perayaan Hari Raya Aidiladha .


"Dan tren peningkatan ini dilihat selaras dengan meningkatnya jumlah saringan yang dijalankan di negeri Selangor,” katanya dipetik.


Beliau turut menegaskan jangkitan yang meningkat dikesan di negeri itu akibat kesedaran yang meluas dalam kalangan orang awam untuk segera melakukan ujian, terutamanya di fasiliti-fasiliti swasta yang melibatkan 85% ujian saringan harian yang dijalankan di Selangor ketika ini


Beliau turut berkata, pola ujian saringan di Selangor masih sama. Beliau juga telah menyarankan agar kes-kes kontak rapat yang tidak bergejala tidak perlu dibuat ujian Covid-19.


"Walau bagaimanapun penduduk Selangor masih membuat ujian Covid -19 di fasiliti swasta, di mana 60-70% adalah

kes-kes positif yang tidak bergejala,” katanya lagi.


Negeri Selangor terus mencatat angka jangkitan harian tertinggi sejak beberapa bulan lalu berikutan sektor perindustrian yang terus dibenarkan beroperasi biar pun kebanyakan sektor ekonomi lain ditutup.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page