top of page

Sektor pelancongan tidak terpinggir dari Belanjawan 2024 - PM



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru agar kepelbagaian kaum, budaya dan agama di Malaysia dijadikan sumber kekuatan, bukannya memecahbelahkan rakyat.


Gesaan itu disuarakan beliau ketika berucap merasmikan Festival Kebudayaan Putrajaya malam tadi.


"Gunakan kesempatan ini melihat kekuatan kita. Kita boleh pilih perbezaan ini untuk perkukuh dan perkuat atau memilih untuk timbulkan keretakan.


"Saya percaya rakyat waras yang cintakan negara hormat nilai kemanusiaan, akan lihat perbezaan ini, suku kaum pelbagai jenis menerima seni budaya itu sebagai kekuatan kerana kepelbagaian itu membina kehebatan Malaysia tercinta," katanya.


Mengulas mengenai kepelbagaian budaya di negara ini, perdana menteri menjelaskan, kemajuan negara tidak terbatas kepada perkembangan ekonomi, tetapi turut memerlukan pemerkasaan seni dan budaya.


"Dulu, bila saya lakar kebangkitan Asia, tentu pangkalnya adalah pertumbuhan ekonomi kerana dengan memperkasa ekonomi, negara boleh makin maju.


"Tetapi, kemajuan tak terbatas dengan kemajuan ekonomi. Pemerkasaan ekonomi, seni dan budaya dalam negara kita dengan kepelbagaian ini adalah kekuatan," tambahnya.


Mengulas lanjut, Anwar turut memberi jaminan sektor pelancongan tidak akan dipinggirkan dalam pembentangan Belanjawan 2024.


"Saya beri jaminan pelancongan satu bidang ekonomi penting negara. Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya harus percaya kalau ia jadi fokus kita antara industri IT (teknologi maklumat), teknologi makanan, tentunya kita beri pemusatan tentang industri pelancongan, termasuk pemerkasaan industri seni dan budaya," tambahnya sambil menyarankan Festival Budaya Putrajaya dijadikan sebagai acara tahunan di Putrajaya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page