top of page

Sektor pelancongan merupakan antara keutamaan kerajaan - PM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 14
  • 1 min read
ree

Oleh: Akmal Manaf


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berhasrat untuk melihat sektor penerbangan negara dipertingkatkan, memandangkan sektor berkenaan telah merosot sejak pandemik Covid-19.


Beliau berkata, kerajaan mahu memastikan sektor pelancongan negara mampu memberi manfaat secara menyeluruh kepada semua daerah, terutamanya menjelang Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026.


''Kita ada tarikan yang baik di Sabah, Sarawak dan beberapa negeri lain di Semenanjung.


''Namun dengan mengukuhnya Ringgit, timbul juga beberapa kesan sampingan iaitu peningkatan rakyat Malaysia melancong ke luar negara terutama ke Thailand, Jepun dan Indonesia.


''Sektor pelancongan merupakan antara keutamaan kerajaan kerana ia bukan sahaja berpotensi menjana hasil, tetapi juga membuka peluang pekerjaan dan perniagaan kepada rakyat,'' katanya di Dewan Rakyat hari ini ketika sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT).


Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN–Masjid Tanah) yang meminta penjelasan mengenai tahap persediaan Kerajaan bagi menjayakan TMM 2026.


Antara perkara yang dibangkitkan termasuk usaha promosi di peringkat antarabangsa, penglibatan Kerajaan Negeri, sama ada perbelanjaan dilaksanakan berasaskan prinsip ‘value for money’, serta sama ada akan diadakan pelancaran besar-besaran pada 31 Disember 2025 seperti yang diamalkan sebelum ini.


Mengulas lanjut, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, pendekatan promosi yang digunakan pada masa ini memberi tumpuan kepada kaedah digital selaras dengan peredaran zaman.


"Promosi kini dilaksanakan termasuk secara digital. 70 peratus daripadanya menggunakan kaedah digital manakala baki 30 peratus masih mengekalkan pendekatan tradisional.


"Tidak perlu sangat untuk bawa rombongan ke luar negara untuk menarik pelancong, sebaliknya memanfaatkan platform digital yang ada,'' ujarnya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page