top of page

Sektor eko pelancongan perlu angkat bersama warisan budaya - Saifuddin

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 14
  • 1 min read

Saifuddin (tiga dari kanan) menyokong aktiviti pelancongan yang memperkenalkan budaya warisan
Saifuddin (tiga dari kanan) menyokong aktiviti pelancongan yang memperkenalkan budaya warisan

Oleh: Azuan Ab Rahman


Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Hulu Selangor, Saifuddin Shafi Muhammad menyatakan sokongan penuh terhadap usaha melestarikan khazanah alam dan budaya masyarakat Orang Asli yang menjadi sebahagian penting warisan negara.


Beliau berkata, usaha tersebut bukan sahaja akan memastikan kelangsungan alam sekitar terus terjamin, malah membuka peluang ekonomi kepada penduduk melalui sektor eko pelancongan yang mampan.

"Saya menyambut baik Misi Eco Hulu Tamu Bersama Perkasa Badan Selangor, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan Greenpeace Malaysia menaik taraf tapak perkhemahan komuniti Orang Asli Kampung Hulu Tamu.


"Ramai yang berkongsi pandangan dan harapan agar kemudahan di kawasan ini terus dipertingkatkan dari akses jalan, bekalan air bersih, hinggalah sokongan kepada pengusaha kecil," katanya dalam satu hantaran di laman Facebook.

Sementara itu, Saifuddin memaklumkan, setakat ini program berkenaan telah berjaya menyedia kemudahan asas untuk kegunaan penduduk dan pengunjung.


Antaranya termasuk pemasangan panel solar, sistem kompos lestari, penyediaan tong kitar semula serta papan tanda informasi untuk memudahkan pengunjung.


"Saya bertekad memastikan program seumpama ini diperluaskan agar khazanah alam dan warisan budaya Orang Asli terus dijaga, dihargai dan dimajukan bersama," tambah Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor itu.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page