top of page

Sekretariat Reformis Madani Malaysia ikrar sokongan padu PM Anwar

Mohd


Gerakan reformasi Malaysia menyambut ulang tahun Jubli Perak ke 25 tahun pada September tahun ini sejak diisytiharkan pada 5 September 1998.


Sempena ulang tahun ke 25, gerakan perubahan melalui jalan raya yang berjaya menobatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri (PM) Malaysia ke 10 selepas 24 tahun itu, hari ini berikrar akan terus mempertahankan kepimpinan PM Anwar dan mendukung perubahan struktural yang sedang dibawa oleh beliau.


Menurut jurucakap Sekretariat Reformis Madani Malaysia yang menghimpunkan 18 pertubuhan reformis, Mohd Khairul Annuar Othman (gambar atas), sokogan padu kepada pentadbiran PM Anwar ketika ini amat penting untuk memastikan kewujudan tatakelola baik dan akauntabiliti pentadbiran awam yang didambakan oleh rakyat sejak 25 tahun lalu.


"(Oleh itu) kami ingin menyatakan pendirian dan dokongan padu yang tidak berbelah bahagi kepada Datuk Seri Anwar selaku PM ke 10 Malaysia dan Kerajaan Perpaduan Persekutuan Malaysia Madani.


Wakil Otai Reformis 98 menyatakan pendapat dalam sesi pembentangan

"Aspirasi dan roh perjuangan reformasi sentiasa segar dan mekar di hati sanubari serta pendirian kami seiring dengan cita cita dan gagasan politik Datuk Seri Anwar dalam agenda utama mereformasikan tatakelola pemerintahan institusi demokrasi dan membasmi budaya rasuah, kronisme dan nepotisme.


"Agenda reformasi institusi demokrasi beraja ketika ini sedang ditambahbaik dan diperkasakan oleh Datuk Seri Anwar serta Jemaah Menteri kabinet," katanya membacakan kenyataan 7 perkara daripada gabungan pertubuhan pertubuhan reformis, petang tadi di Institut Darul Ehsan, Shah Alam.


Manakala menurut kenyataan itu lagi, tindakan Mahkamah Tinggi melepas tanpa membebas (DNAA) ke atas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi baru baru ini tidak boleh dianggap mencemar reformasi institusi yang sedang diusahakan mahu pun diletakkan beban kepada ketua eksekutif Anwar Ibrahim.


Hal itu, kata gabungan reformis, kerana kes tersebut di bawah bidang kuasa badan kehakiman dan bebas daripada campurtangan politik, khasnya PM.


"Peguam Negara yang mengetuai pasukan pendakwa. Manakala Peguam Negara yang membebaskan Zahid adalah lantikan era PN. Zahid dilepas tanpa dibebas, maksudnya kes ini masih terbuka disiasat SPRM, PDRM, dan Jabatan Peguam Negara. Jika ada bukti baru, akan didakwa semula


"Menteri di Jabatan Perdana Menteri, undang undang dan reformasi institusi pula sedang melaksanakan reformasi seperti mengukuhkan akta sedia ada dan menggubal akta baharu untuk mendidik rakyat Malaysia (melalui hukuman lebih adil)," katanya.


Lebih 100 aktivis reformasi mengenang kembali 25 tahun perjuangan panjang menegak demokrasi di bumi Malaysia

Justeru, Sekretariat Reformis Madani Malaysia meminta agar rakyat bersabar dalam fasa perubahan yang sedang dibawa.


Kata kenyataan itu lagi, Kerajaan Persekutuan berasaskan nilai Madani sedang dalam proses menterjemahkan konsep ketamadunan nilai murni sama ada kepada kumpulan pelaksanaan kerajaan peringkat tertinggi sehinggalah ke pegawai rendah dan usaha itu telah menampakkan hasil sedikit demi sedikit.


Kenyataan tersebut, kata Khairil Annuar Othman, dikeluarkan oleh antaranya pertubuhan Aktivis Rakyat Malaysia, Pro Reformis 98, Otai Reformis 98, Jingga 13, Pro Rakyat, Generasi Keadilan, Rapat Rakyat dan lain lain.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page