top of page

Sekretariat Perpaduan Ilmuwan Islam tekad jernihkan pertentangan agama



Sekreteriat Perpaduan Ilmuwan Islam Malaysia (SPIIM), satu kerjasama ilmuan Islam Pakatan Harapan dan Umno akan berusaha untuk menjernihkan pertentangan agama dalam kalangan rakyat di negara ini yang menjadi naratif kempen pembangkang Perikatan Nasional.


Menurut kenyataan SPIIM yang bermesyuarat semalam di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, 3 objektif akan diusahakan bagi mengekang kekeliruan umat Islam Malaysia.


"Sekeretariat akan menjamin dan mengukuhkan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dalam pentadbiran serta pengurusan negara.


"Memperkasakan perpaduan dan kesatuan umat Islam di Malaysia sebagai asas kerukunan bernegara


"Juga menyuburkan keharmonian bermasyarakat dalam kalangan rakyat Malaysia yang bersifat majmuk, berbilang agama dan kaum


"SPIIM menjunjung titah Raja-raja Melayu berhubung kalimah Allah serta menegaskan keputusan Mahkamah Rayuan pada 2013 dan Mahkamah Persekutuan pada 2014 bahawa kalimah Allah adalah khusus untuk umat Islam," kata sekretariat tersebut dalam satu kenyataan.


Selain itu, SPIIM turut menyokong penuh usaha Kerajaan Perpaduan menyegerakan tindakan mengemaskini Arahan Pentadbiran dan Pekeliling KDN berhubung penguatkuasaan kalimah Allah agar tidak berlaku lagi isu dan kes mahkamah seumpama kes Jill Ireland yang membawa masuk CD bertulis kalimah Allah pada tajuknya di LCCT, Sepang, Selangor.


SPIIM juga menyeru semua pihak supaya meneruskan usaha-usaha berdakwah bagi memupuk masyarakat Madani yang membawa mesej Rahmah dan menolak kelompok yang memecahbelahkan masyarakat.


"Bagi memperkukuh gerak kerja sekretariat akan mengadakan Konvensyen Perpaduan Ilmuwan Islam dalam masa terdekat bagi menghimpunkan alim ulama dan ilmuwan Islam bertujuan memperkasakan agenda Islam dalam kerangka Malaysia Madani," kata kenyataan itu lagi.


Mesyuarat semalam dihadiri Pengerusi Bersama SPIIM, Datuk Dusuki Ahmad, Datuk Seri Ahmad Awang dan Haji Amidi Abdul Manan.


Ahli mesyuarat terdiri daripada Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri, Ustaz Kamal Nazmi Kamaruddin dan Ustaz Mohd Edrus Ab Rahman mewakili Umno.


Amanah diwakili oleh Datuk Wira Ustaz Abd Ghani Samsudin, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa dan Ahmad Munsif Ismail. Manakala KEADILAN diwakili Exco Agama Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni dan Muhamad Muszaki Mohd Ozir.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page