top of page

SEKPUR mahu Nik Zawawi dikenakan tindakan, termasuk hukum takzir

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 2 min read
Pengerusi SEKPUR, Mustapa Mansor (berbaju putih) menyerahkan memorandum bantahan kepada Setiausaha Politik Menteri Agama, Mohd Kamarul Arifin Mohd Wafa di pejabat JAKIM.
Pengerusi SEKPUR, Mustapa Mansor (berbaju putih) menyerahkan memorandum bantahan kepada Setiausaha Politik Menteri Agama, Mohd Kamarul Arifin Mohd Wafa di pejabat JAKIM.

Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat Malaysia (SEKPUR) menggesa tindakan segera dikenakan terhadap Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh susulan kenyataan kontroversi didakwa menghina sahabat Rasulullah s.a.w baru-baru ini.


Pengerusi Biro Agama Sekretariat Perpaduan Ummah Sekpur, Zaidi Tohirin berkata, tindakan tegas termasuk hukuman takzir perlu dipertimbangkan terhadap Ahli Parlimen Pasir Puteh itu sebagai pengajaran supaya insiden menghina sahabat-sahabat Nabi tidak lagi berulang pada masa akan datang.


"Apabila kenyataan menghina sahabat besar Nabi s.a.w seperti Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a dan Saidina Umar Al-Khattab r.a disebut secara terang-terangan oleh seorang yang menggelar diri sebagai agamawan, ia bukan satu kesilapan kecil atau tergelincir ucapan,


"Kami difahamkan, permohonan maaf turut dikeluarkan oleh Pas, namun kami berpendapat permohonan maaf itu masih belum memadai serta tidak dilihat dibuat secara ikhlas," katanya dipetik dalam sidang akhbar.


Terdahulu, sekretariat itu menghantar memorandum kepada Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Hasan yang diterima Setiausaha Politiknya, Mohd Kamarul Arifin Mohd Wafa.


Beliau turut mendesak supaya pihak berkuasa agama negeri mengambil tindakan sewajarnya terhadap Nik Muhammad Zawawi berdasarkan peruntukan undang-undang di negeri masing-masing.


"Kami juga bersedia menggembleng lebih banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam termasuk mendapatkan pandangan ulama dari luar negara seperti Indonesia, Brunei, Selatan Thailand dan negara Arab bagi mempertahankan kesucian institusi sahabat Nabi SAW," katanya.


Sementara itu, beliau turut mengingatkan pemimpin politik tidak menggunakan agama sewenangnya di atas pentas politik sehingga menggelirukan rakyat.


Pihaknya juga menggesa pihak berkuasa wajib mengambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap mana-mana individu yang terlibat menyebarkan fitnah, hasutan dan naratif kebencian agama mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.


"Apabila bercakap soal politik Islam, seseorang itu tertakluk kepada al-Quran dan sunnah. Namun apabila ucapan penuh fitnah dan kata-kata kesat dilemparkan kepada pemimpin negara, ia jelas bertentangan dengan adab Islam," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page