top of page

Sekpur lapor polis persenda cadangan lanjutkan usia persaraan penjawat awam

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 14
  • 1 min read

ree

Oleh: Akmal Manaf


Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat (Sekpur) telah membuat laporan polis terhadap seorang pemilik akaun TikTok bernama 'eysz.7x' berhubung video dimuatnaik antaranya didakwa berunsur kritikan kepada cadangan kerajaan yang mahu melanjutkan usia persaraan penjawat awam kepada 65 tahun.


Naib Pengerusinya, Shahbudin Embon (gambar) berkata, suntingan video berdurasi 2.53 minit itu memaparkan seorang moderator bernama 'Aidil Yunus' yang dikenali sebagai YB Viral bersama dua tetamu bernama 'Olivia' dan 'Anas' dengan lantang mengkritik cadangan pihak kerajaan mahu melanjutkan umur persaraan penjawat awam ke 65 tahun.


"Ucapan juga mengkritik Perdana Menteri (PM Anwar) secara terbuka yang memberi imej kurang baik dan berunsur fitnah terhadap kerajaan hari ini.


"Suntingan video tersebut dipercayai sedutan daripada Podcast @YBViral yang disiarkan di 'Channel Demi Negara TV' pada 5 Jun lalu.


"Dalam video tersebut, Olivia dan Anas telah mengeluarkan dakwaan bahawa penjawat awam yang mahu bersara pada umur 65 tahun terdiri daripada Gred JUSA kerana takut hilang keistimewaan jika pencen awal kena mahu 'makan duit kerajaan' dan 'hidup percuma'.


"Turut mendakwa JUSA tidak memberi apa-apa sumbangan kepada masyarakat, melainkan mahu membodek Menteri," katanya berdasarkan salinan laporan polis yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi baru-baru ini.


Sehubungan itu, Shahbudin berharap pihak polis akan membuka kertas siasatan terhadap pemilik akaun dan beberapa individu berkaitan yang bertanggungjawab menyiarkannya dalam platform media sosial.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page