top of page

Sekolah vernakular serlah potensi ekonomi tiga budaya - Azha Salahudin



Oleh: Abdullah Zaid


Sekolah vernakular mempunyai kepentingan kepada negara bukan sahaja sebagai lambang kemajmukan pendidikan pelbagai kaum bahkan pada era kebangkitan ekonomi Asia ini sekolah jenis itu menyerlahkan potensi bakat dari 3 kaum berbeza.


Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Wilayah Persekutuan, Muhammad Azha Salahudin berkata, sistem pendidikan berasaskan kaum juga mampu meningkatkan daya saing negara khususnya berhadapan kuasa ekonomi China yang mengutamakan bahasa Mandarin dalam hubungan antarabangsa.


"Bahasa Mandarin merupakan salah satu bahasa ekonomi dunia, jadi apabila seseorang yang bersekolah di sekolah vernakular tidak kira apapun bangsa, akan mempelajari bahasa ekonomi dunia ini.


"Oleh itu, dengan adanya bahasa Mandarin atau Tamil maka ia akan memudahkan individu tersebut bekerjasama dengan bangsa-bangsa lain dalam bidang perniagaan atau pekerjaan (di peringkat antarabangsa," katanya kepada Suara Keadilan.


Di arena antarabangsa China telah muncul sebagai kuasa ekonomi kedua terkuat di dunia, manakala India di tempat ke 6 dunia.


Selain itu, kata Azha, sistem vernakular juga menunjukan sikap toleransi kepimpinan terdahulu dalam membina masyarakat berbilang kaum di negara ini.


"Perlu kita lihat bahawa setiap bangsa dan kaum ada kehendak serta kepentingan mereka terutama dalam soal bahasa, budaya dan juga pendidikan.


"Sebab itu, pengekalan identiti ini dikompromi dalam sistem pendidikan kita," ujarnya.

Justeru, Azha yang juga Ketua Penerangan AMK Setiawangsa mengingatkan pihak tertentu tidak mempersoalkan isu sensitif tersebut bagi menjaga keharmonian kaum.

Katanya, isu vernakular adalah isu sensitif kepada kaum bukan Bumiputera dalam mana sensitiviti masyarakat Bumiputera juga perlu dihormati.


"Apapun isu sensitif sebegini kalau hendak dibuka secara perdebatan maka kita juga tidak seharusnya menyalahkan pihak tertentu yang mempersoalkan ekonomi Bumiputera.

"Oleh itu, kita perlu memahami nilai sejarah yang terbentuk di negara ini dan menghormati sensitiviti selain menerima tolenrasi yang dibentuk itu dengan seadanya," ujar Azha lagi.


Terdahulu di media sosial dibangkitkan desakan agar kerajaan melakukan penilaian menyeluruh terhadap ekosistem pendidikan vernakular yang merangkumi lebih 1,800 Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK).


Beliau berkata, penilaian itu termasuk dalam aspek keselarasan silibus, penerapan nilai kenegaraan dan penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan termasuk menggesa pelaksanaan sistem pendidikan satu aliran di negara ini.


Tindakan itu dilihat bercanggah dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak permohonan badan bukan kerajaan (NGO) Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (Mappim) dan Gabungan Persatuan Penulis Malaysia (Gapena) untuk mengisytiharkan kewujudan dan penubuhan sekolah vernakular serta penggunaan bahasa Cina dan Tamil sebagai tidak berperlembagaan.


Keputusan pada 20 Februari lalu dibuat susulan dua NGO terbabit mengemukakan permohonan setelah Mahkamah Rayuan membuat keputusan bahawa penggunaan bahasa Cina atau Tamil sebagai bahasa pengantar untuk pengajaran di sekolah vernakular tidak dilarang atau kekal.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page