top of page

Sekolah Vernakular: Pas Persoal Perlembagaan Persekutuan?

Updated: May 6



Oleh: Dr Mohd Fauzi Hj Fadzil


ULASAN: Bahang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu (KKB) dihangatkan dengan isu latarbelakang pendidikan calon yang bertanding. Isu tersebut telah membawa kepada cabaran oleh Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari supaya calon Kerajaan Perpaduan yang bertanding menunjukkan kelulusan pendidikan rendah dan menengahnya.


Ternyata calon Pakatan Harapan, Pang Sock Tao yang mewakili Kerajaan Perpaduan berani menyahut cabaran tersebut malah membuktikan keputusan cemerlang diperolehnya dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


Namun isu tersebut telah cuba diselewengkan oleh Ketua Penerangan Pas dengan menyatakan bahawa perbuatan Pang Sock Tao menunjukkan keputusan cemerlang beliau diperingkat UPSR dan SPM secara tidak langsung telah mendedahkan calon tersebut yang mendapat pendidikan di sekolah vernakular.


Persoalkan pendidikan vernakular


Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan Pas ini seolah-oleh mempersoalkan kedudukan sekolah vernakular yang telah diperakui keabsahannya oleh Perlembagaan Persekutuan.

Dr Mohd Fauzi Hj Fadzil

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 29 Disember 2021 memutuskan kewujudan dan penubuhan sekolah vernakular serta penggunaan Bahasa Mandarin dan Tamil di sekolah terbabit adalah sah serta berperlembagaan.


Malah Menteri Pendidikan, Fadhlina Siddiq telah mengesahkan bahawa sekolah vernakular di Malaysia mengikuti silibus pembelajaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan, hanya sekolah tersebut menggunakan bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa pengantar.


Meremehkan pendidikan awal rakyat


Perbuatan Ketua Penerangan Pas mempersoalkan latarbelakang pendidikan Pang Sock Tao yang belajar di sekolah vernakular bukan sahaja meremehkan rakyat Malaysia yang mendapat pendidikan awal melalui platform tersebut, ia juga meremehkan keputusan Mahkamah Tinggi.


Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang mengesahkan bahawa sekolah vernakular kini telah menjadi medium penyatuan antara kaum, berdasarkan statistik yang ditunjukkan bahawa 60% daripadanya pelajar Sekolah Cina di Sarawak terdiri daripada golongan Bumiputera.


Malah laporan pada tahun 2020 menunjukkan lebih ramai pelajar Melayu memasuki sekolah vernakular Cina melalui peningkatan daripada 9.15% kepada 15.33%.


Seharusnya pengundi di PRK KKB bermuhasabah diri dengan menilai mentaliti pemimpin parti politik pembangkang yang bukan sahaja mempersoalkan kedudukan sekolah vernakular malah mempersoalkan Perlembagaan Persekutuan.


Keputusan cemerlang yang diperolehi oleh Pang Sock Tao diperakui oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Peperiksaan yang dilalui oleh Pang Sock Tao adalah sama dengan semua rakyat Malaysia yang menduduki UPSR dan SPM. Hanya ia menggunakan platform sekolah vernakular.


Seharusnya keputusan cemerlang tersebut menjadi asas perbahasan untuk memilih pemimpin yang layak untuk mewakili rakyat di KKB. Jika pemimpin yang mewakili rakyat KKB mendapat keputusan pada standard ‘D’ (biar pun sekolah kebangsaan), adakah pemimpin sebegitu layak memimpin rakyat di bawahnya?

______________________________________________________________________________

Penulis merupakan Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Selangor


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page