top of page

Sekolah usang : KKM semak semula peruntukan Bajet 2023



Peruntukan pembangunan untuk sekolah usang di Sabah dan Sarawak dalam Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan bulan depan akan disemak semula.


Jaminan itu diberikan oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek semasa mengadakan lawatan kerja rasmi meninjau sekolah-sekolah daif di Miri, Sarawak pada Khamis.

Menurut Fadhlina, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sememangnya memberi penumpuan terhadap isu sekolah dan bangunan usang di Sabah dan Sarawak.


Setakat ini, jelasnya sebanyak 568 bangunan sekolah dikesan berada dalam keadaan usang dengan 455 daripadanya berada pada Skala 6 dan 113 sekolah pada skala 7.


"Kita akan lihat pada unjuran keutamaan, memang kita memberi tumpuan kepada sekolah daif sama ada meneruskan projek yang sakit untuk ditamatkan atau meneruskan projek sakit untuk dibaik pulih semula.


"Kita risau sekolah pada skala 6 dan 7, susulan itu kementerian akan memberi perhatian terhadap pembangunan sekolah daif terbabit," katanya ketika menyampaikan ucapannya semasa meninjau Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Liam dan SK Lepong Ajai di Bakong.


Pada majlis sama, beliau mengumumkan peruntukan penyelenggaraan RM150,000 masing-masing untuk SK Sungai Liam dan SK Lepong Ajai.


Hadir sama Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi Datuk Dr Penguang Manggil, Timbalan Menteri Pendidikan dan Inovasi Sarawak Datuk Dr Annuar Rapa’ee, Ahli Parlimen Baram Dato Anyi Ngau, Ahli Parlimen Miri Chiew Choon Man, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Dato Kharuddin Ghazali dan Pengarah Pendidikan Negeri Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Datu Dr Azhar Ahmad.


Sementara itu Fadhlina yang juga Ketua Wanita KEADILAN berkata, KPM juga komited untuk meningkatkan tahap profesionalisme guru dalam pengajaran pendidikan digital sama ada di bandar atau luar bandar Sarawak.


Untuk tujuan itu jelasnya guru-guru perlu diberikan latihan dan peningkatan kemahiran pengajaran selaras dengan perkembangan teknologi.


"Kita lihat bahawa kepentingan untuk meningkatkan tahap profesionalisme guru dengan terus diberikan latihan dan juga peningkatan kemahiran mengajar dan sebagainya.


"Cabaran sangat besar ketika ini dan tidak ada ruang sama ada keganasan, diskriminasi mahupun isu-isu yang akan menyebabkan anak-anak ketinggalan dalam pelajaran, pendidikan dan juga terputus akses pendidikan ini dalam sistem pendidikan negara,” katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page