Sekolah Terbaik Dunia 2025: PM ucap tahniah SK Putrajaya Presint 11(1)
- Suara Keadilan
- 7 minutes ago
- 1 min read

Oleh: Akmal Manaf
Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merakamkan ucapan tahniah kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 11 (1) susulan kejayaan memenangi Anugerah Sekolah Terbaik Dunia 2025 dalam kategori Menyokong Kehidupan Sihat oleh T4 Education, sekali gus mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.
Ucapan penghargaan itu disampaikan oleh Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil (gambar) menerusi sidang media mingguan pasca mesyuarat Kabinet, di Putrajaya hari ini.
''Rata-rata Menteri Pendidikan dan Jemaah Menteri amat mengalu-alukan dan amat berbangga atas kejayaan yang dilakar SK Putrajaya Presint 11 (1).
''Selain itu, PM Anwar turut merakamkan ucapan tahniah kepada pasukan Kementerian Pengangkutan yang telah berjaya mempertahankan kerusi Ahli Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) bagi kategori 3 untuk penggal 2025-2028 semalam.
''Berdasarkan kenyataan Kementerian Pengangkutan, acara itu telah berlangsung di Montreal, Canada, sewaktu Perhimpuan Agung Ke-42 semalam.
''Alhamdulillah Malaysia berjaya untuk mengekalkan kedudukan sebagai Ahli Majlis ICAO selama tujuh penggal berturut-turut sejak tahun 2007,'' kata Fahmi lagi.