top of page

Sekolah tempat menimba ilmu, bukan pencetus kluster Covid


Sekolah wajar ditutup sekiranya kes Covid 19 meningkat.


Menurut Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju, Andre Lai, sekolah yang mempunyai banyak jangkitan kes seperti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur seharusnya diberi kelulusan untuk ditutup.


Katanya, jika sebuah kelas mempunyai kes baharu maka kelas itu patut ditutup. Jika berlaku lebih banyak jangkitan menjangkaui kelas-kelas yang lain maka persekolahan harus ditangguhkan untuk membolehkan Kementerian Kesihatan Malaysia menjalan tugasnya.


"Sekolah adalah tempat selamat dan bukan tempat pencetus kluster Covid-19. Setiap hari pelaksanaan SOP dapat dikawal oleh guru sekolah.


"Setiap pelajar sekolah akan diukur suhu sebelum masuk dan dipastikan pelitup muka dipakai sepanjang masa di sekolah," kata Andre.


Bagaimanapun, Naib Pengerusi Wilayah Persekutuan itu kesal dengan tindakan kerajaan Perikatan Nasional yang tidak konsisten menutup dan membua sekolah.


Katanya, ibu bapa mempersoalkan langkah membuka sekolah selepas mereka berbelanja besar membeli komputer riba atau tab untuk anak-anak belajar di rumah.


"Tiba-tiba Kementerian Pendidikan mengumumkan sessi persekolahan secara fizikal pada bulan Mac.


"Tidak sampai 1 bulan, kes-kes baru melonjak tinggi menyebabkan berpuluh sekolah terpaksa ditutup, tidak termasuk beratus sekolah seluruh negara yang menghadapi gelombang jangkitan yang tidak lagi dapat dielakkan.


"Tidak dapat dinafikan, Covid 19 di Malaysia mempunyai kadar pemulihan yang tinggi. Namun, 'Kluster Sekolah', hampir pasti akan menjadi kenyataan," katanya lagi.


Sehubungan itu beliau menyeru agar Kerajaan PN lebih bijaksana dalam membuat polisi. Kesusahan rakyat dan pendidikan generasi masa hadapan negara haruslah diutamakan, katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page