top of page

Sekolah sesak: KPM laksana langkah intervensi jangka pendek, panjang



Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memfokuskan langkah-langkah bagi menyelesaikan isu kepadatan pelajar di sekolah di seluruh negara.


Menterinya Fadhlina Sidek berkata, untuk itu intervensi jangka pendek dan panjang telah dirangka dan akan dilaksana bagi memberi keselesaan dan suasana kondusif kepada pelajar.


Hal itu jelasnya akan melibatkan pembinaan dan penggunaan kabin di sekolah selain menyuraikan pelajar ke sekolah berdekatan supaya bilangan pelajar dapat dikawal dalam suasana kondusif untuk belajar sebagai langkah jangka pendek dan membina sekolah baharu sebagai langkah penyelesaian jangka panjang.


"Dalam belanjawan lepas, 26 sekolah baharu diluluskan untuk dilaksanakan dan kita harap dengan sekolah baharu itu akan dapat kurangkan kepadatan pelajar di sekolah dan anak-anak kita dapat belajar dalam suasana selesa.


"Bagi penggunaan kabin pula, ada beberapa sekolah kita dah kenal pasti dari segi kapasiti tapi ia hanya pendekatan jangka masa pendek dan bagi tempoh jangka masa panjang mereka harus bersekolah di bangunan sekolah yang kondusif untuk pembelajaran," katanya dipetik.


Fadhlina sebelumnya menghadiri Program Jaulah Ramadan KPM 2024 Peringatkat Negeri Pulau Pinang di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Acheh di sini, yang turut dihadiri Timbalannya Wong Kah Wong.

Mengenai Program Jaulah Ramadan, beliau yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata ia satu usaha untuk menyemarakkan Ramadan dan meningkatkan takwa serta cakna warga KPM menerusi pelbagai aktiviti termasuk tadabbur al-Quran, iftar, solat terawih dan moreh.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page