top of page

Sekolah Maju Tiada Peperiksaan, Guna Big Data, AI


Mantan Menteri Pendidikan Malaysia Dr Maszlee Malik cuba menerapkan konsep pendidikan terkini untuk murid di Malaysia.


Katanya, pendidikan tanpa peperiksaan sehingga darjah 3 yang cuba diterapkan ketika Pakatan harapan memerintah hanyalah salah satu cara yang dilaksanakan di negara maju. Malah di Singapura peperiksaan dihapuskan sehingga darjah 6.


Bagaimanapun, katanya, murid-murid diuji prestasi kemahiran untuk melakukan kerja berkumpulan, kemahiran skil menyelesaikan masalah yang menjadi kriteria wajib kepada calon-calon mencari kerja sedikit masa lagi.


Maszlee juga mengungkapkan pemikiran pengasasan portal pemasaran digital China, Jack Ma yang menetapkan keperluan pendidikan masa hadapan ialah skil berfikir yang betul, skil menyelesaikan masalah, skil bekerja dengan orang lain, skil kepimpinan dan paling penting skil kemanusiaan.


Sistem pendidikan Malaysia juga katanya perlu dibantu oleh deep analytics dan Kecerdasan Buatan untuk menilai kecenderungan murid.


Katanya, pasukan beliau di Kementerian Pendidikan dahulu telah menubuhkan jawatankuasa data raya yang memudahkan kecenderungan pelajar ditentukan sejak pendidikan rendah hingga ke universiti. Malangnya usaha Dr Maszlee tidak diteruskan selepas setahun apabila beliau tidak lagi menjadi Menteri Pendidikan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page