top of page

Sekolah agama, tahfiz Selangor ditutup tidak berasas - Menteri Agama



Kenyataan beberapa pihak mendakwa kononnya sekolah agama persendirian di Selangor diarah tutup adalah tidak berasas dan suatu fitnah.


Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, tiada sekolah agama diarah tutup di negeri itu, sebaliknya satu arahan untuk diwujudkan garis panduan sekolah tahfiz di Selangor te;ah dibuat selepas kebakaran di sekolah agama persendirian di Kuala Lumpur pada 2017 yang mengorbankan beberapa nyawa.


Katanya, garis panduan pemutihan sekolah agama dan institusi tahfiz persendiran itu telah dibangun dan dikuatkuasakan bermula 1 Januari 2021 bertujuan untuk memastikan keselamatan para pelajar dan seluruh warga institusi tahfiz persendirian terjamin.


"Inisiatif ini diambil sebagai langkah agar tragedi meragut nyawa tidak berulang lagi di mana mana sekolah agama di negeri Selangor. Pada masa sama, penguatkuasan garis panduan tersebut telah mendapat kerjasama daripada Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor atau PITAS yang dianggotai 478 institusi sekolah agama persendirian


"Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama telah dimaklumkan sejak 2021, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melalui Kerajaan Negeri pula telah menetapkan pihak sekolah perlu memenuhi syarat pendaftaran melalui garis panduan pemutihan sekolah agama yang dikeluarkan.


"Kelonggaran telah diberikan kepada pihak sekolah selama 2 tahun. Dalam tempoh ini pihak JAIS telah mengeluarkan pendaftaran lanjutan kepada pihak sekolah bagi memberi peluang pihak mereka mendapatkan ulasan (aspek keselamatan) dari agensi berkaitan," katanya dalam satu siaran media.

Datuk Dr Na'im dalam siaran di aplikasi TikTok

Oleh itu, kata Dr Na'im, tidak timbul isu kononnya amaran telah diberikan kepada sekolah agama persendirian supaya keluar daripada premis di mana mana tempat di Selangor.


"(Dalam hal ini) semua pihak digesa supaya merujuk isu ini kepada pihak berautoriti supaya fakta dan konteks sesuatu isu itu tepat serta jelas," katanya lagi.


Tular sejak kelmarin di TikTok kononnya 200 sekolah agama di Selangor telah diarah tutup oleh pihak berkuasa.


Isu berkenaan yang beberapa bulan sebelum Pilihan Raya Negeri Selangor ditularkan sebagai bahan kempen pembangkang telah dijawab secara berulang kali, tetapi telah ditularkan semula oleh jurucakap pempengaruh berlainan dengan konten yang hampir sama seperti sebelum ini.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page