top of page

Sekatan UK ke atas ahli politik Israel: 'Terlalu sedikit, sudah terlewat'

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 12
  • 2 min read
ree

Oleh: Akmal Manaf


Sekatan yang dikenakan United Kingdom (UK) terhadap dua ahli politik kanan Israel akibat penderitaan yang amat dahsyat di Gaza dan Tebing Barat menimbulkan persoalan dalam kalangan aktivis.


Bagi Pengerusi Biro Antarabangsa AMANAH, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah, meskipun pihaknya menyambut baik pendirian UK itu, namun timbul persoalan sama ada tindakan itu sudah terlalu lewat atau terlalu sedikit.


"Adakah ini hanya sekadar satu isyarat simbolik yang kosong apabila Gaza telah musnah hampir sepenuhnya dan tiada apa lagi yang tinggal untuk dibedil?


"Tindakan kejam dan songsang oleh NGO kemanusiaan Israel-Amerika yang menawarkan penghantaran bantuan ke Gaza sambil menyingkirkan peranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan membenarkan mereka yang datang untuk mendapatkan makanan ditembak dan dibom sehingga mati, adalah satu helah yang paling kejam dan tidak berperikemanusiaan.


"Walaupun UK akhirnya mengambil langkah mengenakan sekatan ke atas dua ahli politik Israel, adakah negara-negara Eropah lain dan dunia akan cukup berani atau cukup tergerak secara emosi untuk mengikut jejak langkah ini?


"Setakat ini langkah itu masih lebih bersifat simbolik memandangkan betapa sukarnya untuk melaksanakan sekatan itu secara berkesan," katanya dalam kenyataan.


Dalam pada itu, Raja Kamarul terus mempersoalkan apa lagi yang perlu dilakukan agar sekatan dan penguatkuasaan benar-benar berjaya.


"Adakah perlu ratusan ribu lagi nyawa terkorban dan lebih banyak kekejaman baru dilakukan sebelum sebarang langkah berkesan benar-benar diambil?


"Dengan liputan media global secara langsung dan masa nyata, aneh sekali dunia masih bergerak dalam kadar yang amat perlahan untuk menegakkan 'keadilan' buat rakyat Palestin.


"Pada kadar dunia bergerak sekarang untuk akhirnya 'sedar' dan bertindak demi rakyat Palestin, mungkin tiada apa lagi yang akan tinggal untuk diselamatkan.


"Mungkin tiada lagi runtuhan.. yang tinggal cuma debu dan abu di Gaza ketika dunia sekali lagi akan mengulang retorik kosong 'Tidak Lagi'," katanya dalam menggambarkan kehampaan yang ditinggalkan buat rakyat Palestin.


Sinis Raja Kamarul, ada baiknya dunia bersikap jujur dan mengakui mereka tidak akan bertindak secara bermakna dalam berhadapan dengan kezaliman kuasa-kuasa besar dalam isu Palestin, yang kelihatan tidak mempunyai jalan penyelesaian.

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page