top of page

Sekat pengaruh ekstremis agama, kempen kebencian - Mat Sabu



Rakyat Malaysia diseru menghindari pengaruh ekstremis agama dan kempen kebencian yang terus bersemarak meski pun selepas selesai Pilihan Raya Umum ke 15.


Menurut Ahli Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu, Malaysia tidak boleh dihancurkan oleh ideologi ekstrem yang ditaja oleh PN demi meraih kuasa.


"Yang sedih kita kali ini (PRU 15) unsur rasis dan ekstrem agama digunakan begitu dahsyat sekali.


"Kalau tak dibendung boleh membinasakan Malaysia. Kita tahu apa berlaku di Iraq dan Syiria, kerana perbezaan mazhab (suni dan syiah) akhirnya membawa kepada bunuh antara satu sama lain. Mengambil masa 10 tahun belum lagi dapat dipulihkan. Peristiwa seperti itu jangan datang di Malaysia


"Sekarang ini permainan isu perkauman dan agama begitu kuat diaminkan. Mereka gunakan sentimen ini sekuat kuatnya.


"PH mesra Yahudi, ada program menjadikan Malaysia negara Kristian, PH komunis, DAP komunis. Ini dimainkan secara besar besaran dalam pilihan raya ini menyebabkan negeri yang majoriti Melayu Islam beralih arah menyokong PN dan tidak menyokong kita," katanya dalam kenduri rakyat sempena kemenangan di parlimen Kota Raja, malam tadi.


Justeru Mat Sabu mahu pasukan keselamatan bertindak segera agar kebencian atas nama kaum dan agama tersebut tidak merebak menjadi huru hara sehingga memusnahkan keharmonian negara majmuk Malaysia.


"Kita mahu pasukan keselamatan tegas mengambil tindakan siapa sahaja yang memainkan isu perkauman


"Kalau dibiarkan ia boleh lebih parah. Saya nampak orang India, Tionghua sahabat saya. Anak orang India, Tionghua adalah anak anak saya. Kita perlu ada sikap ini dalam masyarakat.


"Ini sekarang sesama orang Islam oleh kerana berada dalam PH, kami dituduh orang tak percaya lagi pada agama," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page