top of page

Sekat iklan cemar kesucian Ramadan: Jangan jadikan aktiviti judi atas talian sebagai norma baharu



Iklan judi dalam talian bukan sahaja tidak sewajarnya disiar di bulan Ramadan tetapi mempunyai pengaruh buruk dan mendorong rakyat yang kurang faham agama beranggapan hal sedemikian sebagai aktiviti normal.


Bagi Exco Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni, Kerajaan Negeri memandang serius iklan berunsur judi yang tular di media sosial kebelakangan ini malah dianggap mencabar sensitiviti agama apabila dikaitkan dengan Hari Raya Aidilfitri.


"Kerajaan bimbang dengan penyiaran iklan seperti itu akan memberi gambaran normalisasi judi dalam talian kepada rakyat yang tidak memahami bahawa ia salah satu bentuk perjudian.


"Syariat Islam merupakan sistem hidup yang menggalakkan mengejar, memilki dan berkongsi kebaikan serentak mencegah kemungkaran dan kemudaratan. Suatu perkara yang menyedihkan apabila di bulan Ramadan ini, suatu bulan yang digalakkan umat Islam meningkatkan ibadah dan mengejar ganjaran berlipat ganda daripada Allah swt, dicemari dengan iklan mempromosikan judi dalam talian di media sosial.


"Klip video iklan mempromosikan aktiviti perjudian dengan bertemakan sambutan Hari Raya Aidilfitri juga boleh dilihat sebagai satu perbuatan menghina umat Islam dinegara ini," katanya dalam satu kenyataan


Zawawi mengingatkan bahawa judi tergolong dalam dosa-dosa besar di sisi Islam dan hanya membawa kemudaratan dan kemusnahan berbanding kebaikan.


Katanya, kemudaratan judi boleh membawa kepada kemusnahan institusi keluarga, ketagihan, kemurungan dan sikap bengis yang boleh mencetuskan permusuhan dan pergaduhan.


"Allah swt telah memperingatkan perihal keburukan judi melalui ayat 219 surah Al-Baqarah, serta mengharamkan perbuatan judi melalui ayat 90 surah Al-Maidah,


"Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah:


"Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya."


"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya (5:90)


"Walaupun kerajaan Malaysia melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah bertindak menurunkan dan menghapuskan iklan Gbet333 di media sosial ternyata pihak tidak bertanggungjawab semakin berani dan biadap menaikkan pula iklan ibc003," kata Zawawi lagi.


Menurut Ahli Dewan Negeri Sungai Kandis itu, mempromosikan klip video kedua 'ibc003' adalah suatu tindakan yang mencabar undang-undang negara.


Justeru, Kerajaan Negeri Selangor katanya, menyeru agar umat Islam di negeri itu dan seluruh negara amnya, agar menjauhi keterlibatan dalam perjudian menerusi apa medium sekali pun.


"Ada banyak cara dan saluran untuk mendapatkan sumber rezeki yang halal berbanding keterlibatan dalam perjudian yang memudaratkan.


"Saya mengingatkan rakyat yang biasa menggunakan media sosial supaya menjadi mata telinga kerajaan untuk membendung kegiatan judi dalam talian, dengan melaporkan segera kepada pihak berkuasa. Semoga Ramadan kali ini tenang daripada perbuatan-perbuatan mencemar syiar Islam dan kita semua selesa menjalani ibadah," katanya.


Zawawi turut mengucapkan tahniah kepada agensi kerajaan seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan SKMM yang bertindak tegas memanggil pihak penganjur termasuk pelakon-pelakon klip video judi tersebut serta menurunkan iklan promosi judi dalam talian dari media sosial.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page