top of page

SejaTi MADANI: usaha komuniti Hulu Rening wajar jadi contoh

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 5 hours ago
  • 1 min read
Saifuddin (dua dari kanan) puas hati Geran SejaTi MADANI digunakan memulakan aktiviti pelancongan
Saifuddin (dua dari kanan) puas hati Geran SejaTi MADANI digunakan memulakan aktiviti pelancongan

Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Hulu Selangor, Saifuddin Shafi Muhammad menzahirkan rasa bangga atas usaha dilaksana komuniti Kampung Hulu Rening dalam meningkatkan sektor ekopelancongan di daerah itu.


Saifuddin yang juga Pegawai Penyelaras DUN Batang Kali berkata, baru-baru ini komuniti kampung telah menerima Geran SejaTi MADANI bernilai hampir RM100,000 dari Kerajaan Persekutuan.


Dana tersebut kemudian telah dimanfaatkan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) untuk memulakan aktiviti pelancongan melibatkan kenderaan lasak All-Terrain Vehicle (ATV).


"Terima kasih kepada Kerajaan MADANI yang meluluskan geran ini. Kertas kerja dari Kampung Hulu Rening memang menarik dan akhirnya ia diluluskan.


"Apa yang dilakukan ini mereka lain daripada yang lain dan saya akui kagum dengan apa yang telah diusahakan," katanya menerusi perkongsian di laman Facebooknya.


Saifuddin sebelumnya mengadakan lawatan bagi meninjau projek tersebut yang diketuai sendiri Pengerusi JPKK Kampung Hulu Rening, Mohammad Yatim Samsuddin.


Pada siri lawatan itu mereka dibawa menjelajah kawasan hutan dan laluan mencabar sekitar kampung dan berakhir di lokasi istimewa Sungai Hijau.


"Rasa puas hati, saya tidak segan langsung untuk membawa perkara ini ke Pejabat Exco Pelancongan atau Menteri bagi memperkukuh usaha menjadikan Batang Kali sebagai permata baharu pelancongan mencabar," tambah Saifuddin.


SejaTi MADANI ialah inisiatif baharu Kerajaan Perpaduan bertujuan merancakkan aktiviti ekonomi pada peringkat komuniti bagi meningkatkan pendapatan dengan pemberian dana antara RM50,000 hingga RM100,000 kepada komuniti yang layak.


Sementara itu Mohammad Yatim berkata, inisiatif pemberian geran strategik itu berjaya memberi manfaat secara langsung agar komuniti setempat agar membina masa depan lebih mampan dan berdikari.


"Alhamdulillah, tabung kampung pun meningkat dan ramai juga belia kampung terlibat. Dulu hanya resort komersil saja yang kendalikan aktiviti macam ni," ujarnya.

ความคิดเห็น


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page