top of page

Sejak puluhan tahun kalim pertama SPRM berani geledah tauke besar - Anwar

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 26 minutes ago
  • 1 min read


Pengkritik Kerajaan Madani seharusnya memeriksa rekod usaha membanteras rasuah di negara ini.


Menurut Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kritik ke atas pentadbirannya yang menyambung kontrak perkhidmatan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Datuk Seri Azam Baki tidak sewajarnya dibuat secara melulu.


Katanya, pembangkang yang banyak mengkritik perlu melihat keberanian Azam dalam menyelongkar rasuah rasuah besar dilakukan oleh taikun dan oligarki yang berdekad dekad merompak kekayaan di negara ini.


"Saya melihat perkembangan SPRM puluhan tahun, inilah kali pertama SPRM berani menggeledah semua tauke besar.


"Saya boleh ganti (Azam) tetapi saya tak yakin yang baru itu berani menyinggung tauke besar, keluarga Tan Sri, Tun dan pembesar.


"Bagi saya beri ruang sekejap (kepada Azam,) orang diamanah ambil tindakan," katanya dalam ucapan Perasmian Kongres Nasional KEADILAN di Persada Johor International Convention Centre, malam ini.


Dalam pada itu, Anwar juga menolak tuduhan kononnya beliau bertindak ke atas sesetengah pihak kerana dendam.


Katanya, pihak yang memunggah kekayaan negara perlu diadili serta memulangkan harta rakyat yang dicuri.


"Bila kita ambil tindakan, konon kerana dendam. Dendam apa, orang punggah bilion, dendam apa?" tanyanya.


Belau juga menegaskan tidak ada isu melibatkan bekas PM Najib Razak kerana beliau telah pun dipenjarakan.


Katanya, meskipun pernah menjadi musuh politik namun dalam semua keadaan ihsan diutamakan dan pihak yang melakukan kesalahan perlu dihukum setakat yang dibenar undang undang.


"Kita bertempur sekian lama tetapi jangan dendam, hilang ihsan. Kita manusia, ada kelemahan. Oleh itu kita tunduk kepada negara hukum," katanya lagi.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page