top of page

Sejak bila Peja jadi 'giant' di Tambun?

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • May 29, 2023
  • 2 min read


Kenyataan bekas Ahli Parlimen Tambun Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (Peja) bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya sekali boleh menjadi giant killer di Tambun dalam wawancaranya dengan sebuah portal berita, kelihatan amat pelik.


Bagi Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Razeef Rakimin, Anwar yang menjadi pesaing Peja dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 lalu sebaliknya merupakan gergasi politik kerana dikenali serata dunia, sedangkan Peja hanya dikenali penduduk Tambun atau di sekitarnya.


"Saya ingin memperbetulkan kenyataan Peja. Sebenarnya walaupun Datuk Seri Anwar menang di Parlimen Tambun pada PRU-15 lalu, beliau bukanlah Giant Killer seperti yang dikatakan.


"Kenyataan Peja ini hanya bertujuan untuk memberitahu kepada umum bahawa beliau seorang giant dalam politik tanah air. Sebaliknya giant dalam politik tanah air adalah Datuk Seri Anwar," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Razeef lagi, Peja seumpama 'pelawak' apabila membayangkan dirinya seorang gergasi dalam politik.


Sebaliknya, kata Razeef, Peja diangkat sebagai Menteri Besar Perak selepas PRU 2018 pun hanya kerana ketika itu Pengerusi Bersatu Tun Mahathir mengetuai Pakatan Harapan (PH) dan adalah Perdana Menteri (PM) yang berkuasa melantik pemimpin daripada partinya ke jawatan MB.


"Kedudukan beliau (Peja) sebelum ini pun hanya kerana ihsan rakan sekutu (PH). Saya mengambil contoh kedudukan beliau selaku Menteri Besar Perak adalah atas ihsan rakan sekutu walaupun parti beliau Bersatu hanya menang satu kerusi pada PRU14 bersama PH.


"Selepas mengkhianati PH, beliau akhirnya diguling oleh sekutu beliau pada masa itu, UMNO," katanya.


Selepas kehilangan kuasa MB, ujar Razeef, Peja pernah diangkat sebagai Penasihat Khas PM Tan Sri Mahiaddin Yassin namun tidak sampai sebulan PM itu digulingkan.


Oleh itu, tegas Razeef tidak sewajarnya Peja menggelarkan dirinya sebagai gergasi politik.


"Beliau (Peja) pernah diberi lantikan Penasihat Khas kepada Perdana Menteri atas ihsan Mahiaddin sebelum kehilangan jawatan berkenaan dan hanya sempat review Mi Kari Putrajaya.


"Jika inilah level giant dalam Bersatu, saya tidak hairan mengapa hari ini Pas mula memijak Bersatu yang dilihat liabiliti kepada mereka dalam mendepani Pilihan Raya Negeri akan datang," katanya.


Dalam wawancara bersama Malaysiakini kelmarin, Peja berkata beliau akan mampu mengalahkan Anwar sekiranya PM itu mahu terus bertanding di Tambun dalam PRU 16.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page