top of page

Sejak Bila DAP Gugat Kedudukan Raja Di Selangor?



Oleh: Mohd Fauzi Fadzil


ULASAN: Kempen yang digerakkan oleh Media Penerangan Perikatan Nasional (PN) diperingkat negeri Selangor cuba menggoncang keutuhan hubungan PH - BN sepanjang kempen PRN ini.


Usaha tersebut terpaksa dilakukan PN apabila melihat proses penamaan calon dan pembentangan manifesto PH-BN di Negeri Selangor berjalan lancar tanpa sebarang kesan perpecahan antara anggota parti komponen Kerajaan Perpaduan.


UMNO terpeseong bersama DAP?


Media Penerangan Perikatan Nasional (PN) diperingkat Selangor secara jelas cuba untuk menghangatkan isu kedudukan UMNO Selangor yang dianggap terpesong sebagai benteng mempertahankan Raja-Raja Melayu apabila berkerjasama dengan DAP.


Tuduhan tersebut dilihat tidak mencerminkan kedudukan sebenar parti komponen Perikatan Nasional Selangor iaitu Pas dan Bersatu yang kedua-duanya pernah menjalinkan hubungan bersama DAP semasa menganggotai Pakatan Rakyat dan Pakatan Harapan sebelum tahun 2020.


Pada waktu tersebut mereka bersama-sama KEADILAN dan DAP membentuk kerajaan Negeri Selangor. Tidak timbul isu menggugat kedudukan Raja-Raja Melayu pada waktu tersebut, namun kini apabila UMNO Selangor mula menjalinkan hubungan bersama KEADILAN dan DAP maka wujud isu ancaman terhadap kedudukan Raja-Raja Melayu.


MB Sanusi juga perlu diserang


Media Penerangan PN di Selangor juga turut menyerang KEADILAN Selangor apabila mencalonkan Najwan Halimi untuk bertanding di DUN Kota Anggerik. Jika benar perbuatan Najwan Halimi dianggap tidak sopan dan beliau perlu digugurkan sebagai calon PRN maka perbuatan yang sama perlu dilakukan terhadap Datuk Seri Muhammad Sanusi bin Md Nor.


Perbuatan Sanusi yang telah merendahkan susur galur Kesultanan negeri Selangor dan mempersoalkan prerogatif baginda memilih Menteri Besar sehingga membangkitkan kemurkaan Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah adalah jauh lebih biadap. Muhammad Sanusi juga tidak mengaku bersalah di mahkamah atas tindakan beliau yang memperlekehkan kedudukan Kesultanan Negeri Selangor.


PN tidak konsisten


Keadaan ini jelas membuktikan bahawa PN Selangor tidak konsisten dalam memperjuangkan isu berkaitan kedaulatan dan ketinggian kedudukan Raja-Raja Melayu. Isu-isu yang dibangkitkan perlu neutral dan terpakai kepada semua pihak jika benar mereka jujur dalam memperjuangkan kedudukan Raja-Raja Melayu.


KEADILAN Selangor sentiasa menjunjung tinggi kedudukan Raja-Raja Melayu, namun sehingga kini tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pihak istana terhadap Najwan Halimi kerana Pemaisuri Agong faham bahawa wujud usaha untuk memanipulasi kenyataan yang dikeluarkan oleh Najwan Halimi.


Namun secara sahihnya, Sultan Sharafuddin telah memuatnaik titah baginda yang menyatakan "Perkara ini masih belum selesai" menerusi laman Facebook Selangor Royal Office berkenaan isu penghinaan yang telah dilakukan oleh Muhammad Sanusi.


________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Selangor

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page