top of page

'Sejadah mini dianggap alas kaki di media sosial'



Sebuah rangkaian pasar raya terkemuka menafikan mereka menjual produk alas kaki tertera imej Kaabah.


Menurut Pasar raya Aeon Big, produk yang tular di media sosial kononnya memperlekeh agama tersebut adalah sejadah mini dan bukannya alas kaki.


Namun pasar raya itu mengakui label pada produk tersebut mencetuskan sedikit salah faham dan telah diperbetulkan menggunakan label "sejadah".


Aeon Big berkata, produk itu dibekalkan oleh A&R Fashion Collection (A&R), sebuah perusahaan kecil dan sederhana (PKS) milik bumiputera yang mengeluarkan pakaian muslimah seperti tudung dan telekung sembahyang serta sejadah, permaidani dan tikar.


"A&R telah mengesahkan produk berkenaan sememangnya merupakah sejadah mini, di mana coraknya adalah dalam format menegak yang merupakan amalan biasa.


"Bagaimanapun, selaras dengan amalan terbaik Aeon Big untuk pembekal PKS, A&R telah menggunakan kod barangan dalam sistem yang sebelum ini digunakan untuk produk-produk lain mereka.


"Akibatnya, label yang digantung pada produk menunjukkan pelbagai deskripsi lantas terus menyebabkan kekeliruan. Perkara ini telah diperbetulkan serta-merta dalam sistem pengurusan barangan AEON BiG dan deskripsi barangan tersebut sebagai 'sejadah' digunakan," kata pasar raya itu dalam satu kenyataan.


Pada 9 April lalu, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (Jainj) merampas 11 produk yang dikatakan sebagai alas kaki di cawangan Aeon Big di Batu Pahat.


Menurut Berita Harian, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Mohd Fared Mohd Khalid berkata rampasan dibuat susulan aduan awam berkenaan dakwaan tersebut.


Berkenaan rampasan itu, Aeon Big berkata pihaknya telah memberi kenyataan dan kerjasama penuh kepada Jainj dan berharap semua pihak berhenti membuat "spekulasi yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat".

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page