top of page

"Segulai Sejalai": Bentuk sahsiah generasi muda ke arah perpaduan



Sambutan Hari Malaysia tahun ini di Sarawak memberi kesan besar kepada Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook.


Beliau yang menghadiri sambutan tersebut pada Sabtu malam di Stadium Perpaduan Kuching menyatakan terdapat satu segmen persembahan yang amat menyentuh hatinya.


Iaitu persembahan koir dan okestra mendendangkan lagu "Segulai Sejalai" dan dipersembahkan oleh kanak-kanak yang membayangkan perpaduan generasi masa hadapan ke arah Malaysia yang lebih bersatu padu.


"Saya menghayati setiap segmen dalam majlis 3 jam tersebut dan menginsafi erti sebenar sambutan Hari Malaysia.


"Pada hemat saya, segmen yang paling menyentuh hati ialah persembahan yang mendendangkan lagu "Segulai Sejalai" dan dipersembahkan sepenuhnya oleh kanak-kanak


"Saya juga mengamati gelagat YAB Premier Sarawak yang merakamkan video detik-detik persembahan tersebut dengan telefon pintarnya.


"Persembahan itu cukup indah. Bukan sahaja suara mereka merdu dan muziknya yang menyayat hati, lirik lagu tersebut juga membawa mesej perpaduan.


"Yang paling bemakna ialah persembahan itu disempurnakan oleh sekumpulan kanak-kanak daripada pelbagai latarbelakang kaum, kumpulan etnik, agama dan budaya yang berlainan dengan pakaian tradisi masing-masing," katanya dalam satu kenyataan.


Tambah Anthony Loke, melihat kepada keceriaan kanak kanak tersebut memberi pemahaman mendalam terhadap diri beliau akan ertinya kesatuan sebuah negara bangsa yang bernama Malaysia.


Katanya, hal itu adalah impian setiap anak yang ingin membesar dalam persekitaran sebuah masyarakat yang aman dan harmoni serta mempunyai segala peluang untuk mengasuh bakat mereka sehingga berjaya dalam perjalanan hidup masing-masing.


"Setiap kali saya menghadiri sesuatu sambutan kebangsaan, ia akan memperkuatkan iltizam saya untuk terus berkhidmat demi negara tercinta ini.


"Saya akan mengemudi parti saya untuk terus memperkukuhkan Kerajaan Perpaduan demi membina sebuah negara bangsa yang bersatu padu untuk mencapai segala hasrat dan potensinya.


"Kepelbagaian yang wujud dalam masyarakat kita adalah satu khazanah negara yang perlu dipelihara dan terus disemai," katanya lagi.


Bagi Anthony Loke, semangat perpaduan nasional mesti dipupuk sepanjang masa dan diintegrasi di antara Semenanjung, Sarawak dan Sabah untuk memastikan kesatuan dan kelangsungan Malaysia.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page