top of page

Segerakan RUU Gangguan Seksual



Kerajaan digesa untuk menggubal Rang Undang-Undang (RUU) Gangguan Seksual dengan segera bagi memastikan setiap mangsa mendapat pembelaan dan perlindungan yang sewajarnya.


Pengerusi Biro Guaman dan Pembangunan Komuniti Wanita KEADILAN, Fadhlina Siddiq berkata RUU itu perlu merangkumi semua bentuk gangguan seksual termasuk definisi jenayah itu sendiri.


"Rogol dan perkosa tidak digunakan secara undang-undang untuk lelaki yang diganggu atau dicerobohi secara seksual. Istilah gangguan seksual atau lebih tepat lagi apabila Ia adalah perbuatan yang mencabul kehormatan.


"Penggunaan istilah yang betul dan konotasi yang tepat akan membantu dalam melindungi mangsa dan mendidik masyarakat secara keseluruhan," katanya dalam kenyataan.


Fadhlina juga berpandangan stigma kaum lelaki tidak boleh menjadi mangsa adalah salah satu bentuk stereotaip yang hanya akan melambatkan proses perundangan kerana mangsa enggan tampil ke hadapan.


Beliau berkata, gangguan seksual tidak dilakukan oleh satu jantina sahaja, sebaliknya ia dilakukan oleh sesiapa sahaja dengan kelakuan bersifat seksual dan mempunyai kesan gangguan verbal, tanpa lisan, psikologi atau fizikal.


Malah, gangguan seksual boleh mewujudkan suasana pembelajaran, kerja atau hidup yang tegang, menakutkan atau bermusuhan.


"Kedua-dua lelaki dan wanita adalah mangsa dan pelaku. Gangguan seksual boleh berlaku di antara anggota jantina bertentangan atau jantina yang sama. Ia boleh berlaku di antara orang yang mempunyai status atau status yang sama.


"Isu terkini berkait seorang lelaki yang mendakwa diganggu oleh suspek boleh dikategorikan sebagai kekerasan jenayah dengan niat, untuk mencabul kehormatan seorang yang termaktub dalam seksyen 354 kanun keseksaan.


"Bagi kes-kes serangan seksual yang melibatkan pencabulan maruah yang melibatkan paksaan, serangan, ugutan dan pemaksaan, maka ia sudah termaktub di bawah kanun keseksaan dengan hukuman yang berat.


"Sebab itu istilah penting dan pendakwaan kena tepat supaya isu-isu yg melibatkan pencabulan maruah dan harga diri ini dilihat sebagai jenayah yang serius. Ibu bapa, guru-guru dan komuniti juga harus bijak dalam mengenalpasti isu jenayah gangguan seksual ini," katanya.


Fadhlina juga menganggap RUU Gangguan Seksual sedikit sebanyak boleh mengubah sikap masyarakat terhadap mangsa gangguan seksual.


"Budaya permisif dalam masyarakat yang tidak melihat jenayah seksual sebagai jenayah yang kritikal akan menyebabkan budaya " victim blaming" dan kitaran jenayah ini akan terus kekal dalam masyarakat.


"Tanggungjawab media dalam melaporkan berita akan memberi unjuran awal dalam membentuk persepsi masyarakat. Isu kriminologi ini tidak wajar dimasukkan dalam segmen tabloid dan asal sensasi tetapi hilang tanggungjawab mendidik dan penggunaan istilah yang tepat.


"Justeru, fokus untuk pihak berkuasa agar dapat melaksanakan siasatan dengan terperinci agar suspek dapat dibawa ke muka pengadilan.


"Komitmen yang sama agar RUU Gangguan Seksual disegerakan bagi perlindungan maruah lelaki, Wanita dan kanak-kanak serta seluruh segmen dalam masyarakat," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page